Jualan Termurah Madani Selangor laris, dapat sambutan rakyat

LEBIH 5,000 pengunjung tidak melepaskan peluang untuk membeli barangan keperluan harian di Jualan Termurah Madani (JTM) peringkat Negeri Selangor, hari ini.

JTM yang diadakan di Tapak Pasar Malam Taman Pinggiran Batu Caves itu turut disertai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, inisiatif ini dapat membantu rakyat memiliki kuasa membeli sekali gus dapat mengurangkan bebanan mereka.

Katanya, program bermula jam 8 pagi itu turut diadakan Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri sejak tahun 2022.

“Jualan Termurah Madani merupakan inisiatif baharu di bawah Kerajaan Persekutuan manakala JER pula adalah usaha Kerajaan Selangor untuk membantu rakyat mendapatkan bekalan barangan keperluan asas pada harga sangat murah sejak 2022.

“Ini merupakan gabungan jualan menarik yang saya rasa merupakan satu contoh sebuah kerajaan perpaduan yang stabil dapat diwujudkan, satu dasar konsisten dapat dilaksana sekali gus keberkesanan itu sampai kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Peluncuran Serentak Jualan Termurah Madani peringkat Zon Tengah Parlimen Gombak.

Peluncuran sama turut diadakan membabitkan Zon Utara di Parlimen Permatang Pauh yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parlimen Sungai Petani manakala Zon Selatan di Parlimen Port Dickson.

Antara barangan yang dibawa menerusi jualan hari ini adalah barangan basah seperti ikan, ketam, sotong sebanyak lima tan diikuti ayam 1,000 ekor, telur (900 sarang) dan beras 5 kilogram (900 kampit).

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan