JPN siasat dakwaan murid dibelasah guru

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor memberikan jaminan siasatan telus dan adil dilakukan terhadap insiden seorang bapa yang mendakwa anaknya berusia 10 tahun dibelasah guru Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Abdul Rahman 2, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, pihaknya sudah berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru untuk mendapatkan gambaran penuh insiden tersebut bagi memastikan tindakan susulan diambil secara menyeluruh.

“Berdasarkan maklumat terkini daripada PPD Johor Bahru, siasatan awal mendapati kesan lebam pada murid bukan berpunca daripada tindakan guru seperti yang tular dalam media sosial.

“Guru yang terlibat memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dalam sesi soal siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu, Aznan menyarankan PPD terbabit dan SK Temenggong Abdul Rahman 2 memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dilakukan secara telus.

Selain itu katanya, PPD tersebut akan membimbing pihak sekolah dalam meningkatkan pengurusan insiden disiplin dengan memastikan semua pihak memahami garis panduan ditetapkan.

Katanya, sebagai langkah pemulihan, satu sesi perjumpaan akan diadakan hari ini melibatkan pihak sekolah, Rumah Amal TBQ, JPN, polis dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membincangkan penyelesaian terbaik serta memperbaiki hubungan antara semua pihak terlibat.

Pada masa sama beliau meminta masyarakat berhati-hati dalam menyebarkan maklumat dalam laman media sosial kerana perkongsian maklumat tidak sahih akan mencetukan kekeliruan.

Tegasnya, ini termasuk memberi kesan negatif terhadap pihak-pihak yang terlibat sekali gus menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Kami bertekad kes-kes sebegini akan diselesai secara adil, profesional dan sentiasa mengutamakan kebajikan palajar,” tambahnya.

Terdahulu tular foto dan cerita berkenaan mangsa disepak dan ditumbuk, direntap rambut serta diseret oleh guru sekolahnya dalam kejadian di sebuah makmal komputer di sekolah itu.

Related Posts

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas