JPJ Sarawak lancar Ops Khas TBC 2026 14 hari

Oleh: Nana Mohamad & Lina. B

SIBU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan melaksanakan Ops Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 selama 14 hari bermula 9 hingga 22 Februari ini bagi meningkatkan keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, operasi khas itu melibatkan semua anggota penguat kuasa JPJ Sarawak termasuk pembekuan cuti anggota bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan.

Sebagai langkah pencegahan awal, pemeriksaan teknikal ke atas bas ekspres akan dijalankan di tiga depoh utama Kuching, Sibu dan Miri dari 9 hingga 12 Februari bagi memastikan kenderaan awam berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan.

Menurut beliau, penguatkuasaan dan pemantauan menyeluruh akan diteruskan dari 13 hingga 22 Februari termasuk sekatan pemanduan terhadap kenderaan perdagangan barangan (KPB) pada 14–15 dan 21–22 Februari.

Operasi ini turut dijalankan secara bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan keselamatan serta disiplin pemandu dipantau dengan menyeluruh.

Lee turut menggesa orang ramai mematuhi peraturan jalan raya dan menyalurkan aduan berkaitan kesalahan trafik berbahaya melalui Aplikasi MyJPJ atau saluran rasmi JPJ.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran