JPJ buka kaunter khas untuk mangsa insiden Putra Heights

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka Kaunter Bergerak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights bagi memudahkan mangsa kebakaran mendapatkan gantian dokumen penting secara percuma.

Dokumen yang boleh diperoleh termasuk lesen memandu, sijil pemilikan kenderaan, dan lesen kenderaan motor, tanpa perlu membuat laporan polis.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata inisiatif berkenaan bertujuan meringankan beban mangsa kehilangan dokumen akibat insiden itu.

“Semua dokumen ini boleh dicetak secara percuma tanpa sebarang birokrasi.

“Biasanya, prosedur memerlukan laporan polis, tetapi hari ini kita permudahkan mangsa hanya perlu memberikan nama dan nombor kad pengenalan, dan dokumen tersebut akan dicetak secara percuma,” katanya selepas meninjau PPS Dewan Masjid Putra Heights, hari ini.

Kaunter itu akan beroperasi sehingga Jumaat dan boleh dilanjutkan sekiranya terdapat keperluan.

Dalam pada itu, syarikat penjualan kenderaan Carro menyumbangkan 30 buah kereta kepada penduduk terjejas bagi memudahkan pergerakan mereka.

Selain itu, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui program Prasarana Prihatin menyediakan enam perkhidmatan van Rapid KL On-Demand secara percuma untuk membantu mangsa kebakaran melakukan urusan harian mereka.

Related Posts

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

KUALA LUMPUR – Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta hilang kawalan dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Hospital Gleneagles, Ampang, awal pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah melihat semula aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian jenayah bunuh dalam kalangan pelajarnya berulang. Pengerusi MARA, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda