Johor rekod hasil RM2.1 bilion melebihi unjuran

JOHOR BAHRU – Johor mencatat sejarah apabila merekodkan hasil RM2.1 bilion untuk tahun lalu, tertinggi dan melepasi unjuran awal ditetapkan iaitu sebanyak RM1.9 bilion sekali gus berada di landasan kukuh negeri maju serta pertumbuhan ekonomi baharu negara.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pencapaian membanggakan merupakan sumbangan kegigihan anggota perkhidmatan awam dan pelbagai pihak yang terlibat dalam memastikan setiap perancangan direncanakan berjaya direalisasikan.

“Untuk memajukan lagi sektor ekonomi Johor, Kerajaan Negeri terus memberikan tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur pengangkutan dan logistik termasuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) menerusi peruntukan RM2 bilion daripada Kementerian Ekonomi.

“Penaiktarafan lapangan terbang tersebut dilihat wajar untuk menarik lebih banyak penerbangan langsung antarabangsa ke negeri ini, dengan perbincangan dan kajian lanjut bersama syarikat Qatar Airways kini sedang berjalan bagi merancakkan lagi sektor pengangkutan dan logistik Johor,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir ke Bengkel Strategik Program Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri di sini, semalam.

Hadir sama, Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi Datuk Dr Zunika Mohamed.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia