Johor perkenal dua lokasi baharu tanaman padi

KLUANG – Kerajaan Negeri Johor terus komited dalam agenda memperluaskan tanaman padi di negeri ini menerusi dua lokasi baharu yang dikenal pasti sesuai bagi pertumbuhan makanan ruji itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, melalui pembentangan Belanjawan Johor 2025 yang memperuntukkan sebanyak RM2 juta, tanaman padi seluas 80 hektar akan diusahakan di Sawah Kahang, di sini dan Sawah Sungai Balang di Muar.

“Langkah meluaskan kawasan sawah padi di negeri ini bakal menjadikan jumlah keseluruhan kawasan tanaman yang aktif di Johor adalah seluas 1,693 hektar.

“Bagi sasaran peningkatan pula, hasil padi sebanyak 240 tan semusim dijangka diperolehi dan seterusnya menjayakan agenda menjadikan negeri ini sebagai ‘Periuk Nasi Selatan’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Pembangunan Sawah Padi Baharu Kluang di Sawah Kahang, di sini, semalam.

Menurutnya, bagi peringkat awal, ia dijangka akan mula dituai bulan Mei ini dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 60tan bagi kawasan 20 hektar.

“Pembukaan kawasan baharu di Sawah Kahang akan diusahakan oleh seramai 55 ahli Koperasi Pesawah Kahang dengan sasaran tambahan hasil sebanyak 80 tan semusim selepas kerja-kerja pembukaan 10 hektar yang kini sedang dilaksanakan dapat disiapkan sepenuhnya kelak.
 
“Komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan infrastruktur sawah luar jelapang turut disokong melalui peruntukan khas berjumlah RM798,230 yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada tahun lalu serta tambahan RM700,000 yang diperuntukkan pada Belanjawan Johor 2025.

“Usaha ini menunjukkan kerajaan serius membangunkan tanaman padi walaupun Johor merupakan kawasan luar jelapang padi negara sekaligus menyokong agenda keterjaminan makanan negara,” katanya.

Related Posts

Pelajar cemerlang SPM 2025 SMK Dato Permaisuri terima insentif

MIRI – Barisan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Permaisuri menerima suntikan semangat menerusi penyerahan insentif khas dalam satu majlis yang diadakan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

MIRI – Hasrat seorang peniaga wanita untuk meraih keuntungan segera lebur apabila dia kerugian RM281,700 akibat terjerat dengan sindiket pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar cemerlang SPM 2025 SMK Dato Permaisuri terima insentif

Pelajar cemerlang SPM 2025 SMK Dato Permaisuri terima insentif

Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas

Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas

Infrastruktur pendidikan dipertingkat di Kalaka, projek RTP siap sepenuhnya

Infrastruktur pendidikan dipertingkat di Kalaka, projek RTP siap sepenuhnya

MTCP ambil alih OKSHE, sasar pacu pelancongan menerusi inovasi digital

MTCP ambil alih OKSHE, sasar pacu pelancongan menerusi inovasi digital

Jangan ulangi peristiwa tebuk atap – Mat Sabu

Jangan ulangi peristiwa tebuk atap – Mat Sabu