Jangan ulangi peristiwa tebuk atap – Mat Sabu

SEREMBAN – Presiden Parti Amanah Negera (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan semua pihak supaya tidak mengulangi budaya politik ‘tebuk atap’ yang boleh menjatuhkan kerajaan dibentuk melalui mandat rakyat.

Mohamad berkata, kekalahan dalam pilihan raya adalah perkara biasa dalam demokrasi, namun kerajaan yang sudah dibentuk tidak sepatutnya dijatuhkan melalui tindakan pengkhianatan politik.

Menurut beliau, pengalaman kejatuhan kerajaan ketika menghadiri mesyuarat ASEAN di Colombia suatu ketika dahulu memberi pengajaran besar kepada semua pemimpin politik.

“Kita biasa kalah dalam pilihan raya. Berapa kali masuk, ada menang, ada kalah. Tidak menjadi masalah, tetapi bila kita menang, kita bentuk kerajaan, jatuh cara tebuk atap.

“Tolonglah jangan ulang di mana-mana. Setuju atau tidak? Tunggulah sabarlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH di sini, pada Rabu.

Turut sama hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Mohamad berkata, semua pihak perlu bersabar dan menunggu sehingga pilihan raya umum sekiranya mahu menukar kerajaan secara demokratik.

Beliau turut menegaskan bahawa politik masa kini memerlukan kerjasama serta sokongan pelbagai pihak bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Mengulas situasi selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) pada 2022, Mohamad berkata, gabungan PH ketika itu hanya memperoleh 82 kerusi Parlimen dan perlu melalui proses rundingan yang panjang sebelum berjaya membentuk kerajaan.

“Bukan senang hendak membentuk kerajaan. Kita perlu cari banyak kawan dalam politik,” katanya.

Beliau turut berkongsi suasana tegang selepas keputusan pilihan raya diumumkan apabila beberapa pemimpin parti masih menunggu perkembangan rundingan sehingga awal pagi.

Katanya, hasil rundingan bersama beberapa pemimpin termasuk Saifuddin akhirnya membawa kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan yang berdiri hingga ke hari ini.

Related Posts

PH tampil tenangkan penyokong, perjelas kemelut politik Negeri Sembilan

SEREMBAN – Ceramah perdana Pakatan Harapan (PH) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Rabu dijadikan pentas bagi pimpinan utama meredakan kemarahan penyokong dan menggariskan tindakan selanjutnya selepas krisis politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

SEREMBAN – Kerajaan Perpaduan yang dibentuk antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berteraskan tiga prinsip utama iaitu kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat. Ketua Setiausaha PH, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar cemerlang SPM 2025 SMK Dato Permaisuri terima insentif

Pelajar cemerlang SPM 2025 SMK Dato Permaisuri terima insentif

Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas

Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas

Infrastruktur pendidikan dipertingkat di Kalaka, projek RTP siap sepenuhnya

Infrastruktur pendidikan dipertingkat di Kalaka, projek RTP siap sepenuhnya

MTCP ambil alih OKSHE, sasar pacu pelancongan menerusi inovasi digital

MTCP ambil alih OKSHE, sasar pacu pelancongan menerusi inovasi digital

Jangan ulangi peristiwa tebuk atap – Mat Sabu

Jangan ulangi peristiwa tebuk atap – Mat Sabu