Johor mula siasat GISB Holdings

PUTRAJAYA – Siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini telah dimulakan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, siasatan berkenaan juga akan dilakukan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kerajaan negeri memandang berat dakwaan melibatkan pertubuhan berkenaan yang timbul sejak kebelakangan ini.

“Tujuannya adalah untuk memelihara kemuliaan dan kesucian agama Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd Fared menggesa orang awam termasuk ahli pertubuhan itu sendiri menyaluarkan aduan atau maklumat relevan bagi membantu siasatan.

Tegasnya, MAINJ akan menggunakan seluruh kekuatan perundangan dan juga enakmen undang-undang sedia ada bagi mengekalkan keamanan beragama dan peraturan dipatuhi.

Semalam Mohd Fared memaklumkan sebarang fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISBH di negeri ini hanya akan diputuskan selepas kajian mengenainya dilakukan.

Katanya, fatwa hanya boleh ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan