Bekalan ayam ke MRSM wajib ada sijil halal

PUTRAJAYA – Semua bekalan ayam dan bahan mentah yang dibekalkan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) wajib mempunyai sijil halal.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setiap kontraktor makan wajib memperincikan secara bertulis dan menjadi sebahagian dokumen kontrak semua perincian bahan-bahan mentah.

Selain itu, mereka turut disyaratkan untuk menyenaraikan nama pembekal termasuk jenama dan sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan yang berkaitan.

“Tidak benar dakwaan yang dibuat oleh penceramah dakwa ayam yang dibekalkan ke MRSM, ada daripada syarikat yang tak dapat sijil halal.

“Saya juga sudah mengarahkan dengan tegas agar pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan dibuat bukan sahaja oleh pengetua, penyelia asrama, warden bahkan pegawai daripada MARA daerah serta negeri juga secara berkala oleh pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) Mara ibu pejabat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah Asyraf, semua itu dilakukan bagi memastikan semua bekalan dan spesifikasi bekalan makanan yang disediakan untuk pelajar adalah mengikut apa yang telah disyaratkan dalam kontrak termasuk soal yang paling penting iaitu kebersihan dan keselamatan.

“Insya-Allah saya sendiri dari semasa ke semasa akan lakukan terjahan dan lawatan mengejut ke semua MRSM supaya tiada perlanggaran dilakukan.

“Saya mengambil tanggungjawab kerana ini adalah amanah yang saya galas.

“Sudah tentu kesejahteraan dan keberkatan untuk para pelajar adalah keutamaan saya,” jelasnya.

Related Posts

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan Bloomberg yang didakwa mengelirukan serta tidak berasas berkaitan Ketua Pesuruhjaya, sambil menegaskan ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NRES beri kerjasama penuh kepada SPRM terhadap JAS

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang