JMG Sabah perkenal dua sistem maklumat geospatial utama NaTSIS, MyGEMS

SANDAKAN – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah memperkenalkan dua sistem maklumat geospatial bagi meningkatkan kefahaman tentang peranannya dalam pengurusan dan mitigasi bencana geologi.

Pengarahnya, Dr Frederick Francis Tating berkata, Sistem Maklumat Geospatial Terain dan Cerun Negara (NaTSIS) dan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) digunakan untuk menyimpan data penting berkaitan geologi dan bencana geologi seperti tanah runtuh dan gempa bumi, yang sangat berguna bagi agensi-agensi berkepentingan di negeri ini.

“Maklumat dalam sistem ini amat relevan khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi seperti Kundasang, Ranau, Sandakan, Kota Kinabalu, Kudat dan Lahad Datu. 

“Walaupun data masih terhad kepada kawasan tertentu, ia telah dimasukkan ke dalam sistem dan turut disediakan dalam bentuk digital untuk kegunaan agensi yang memerlukan,” katanya kepada media selepas Program Libat Urus NaTSIS bersama agensi berkepentingan negeri Sabah tahun 2025, di sini pada Khamis.

Menurut beliau lagi, sebanyak 17 agensi menyertai program ini dan diperkenalkan dengan sistem serta data yang tersedia. 

“Semua agensi digalakkan menggunakan sistem ini bagi tujuan perancangan dan pengurusan risiko bencana, khususnya dalam perancangan guna tanah dan pembangunan infrastruktur.

“Sebagai contoh, peta bahaya geologi yang kami hasilkan melalui sistem ini boleh dijadikan rujukan penting dalam merancang pembangunan sesuatu kawasan, mengelakkan risiko dan menyelamatkan nyawa,” katanya.

Selain itu, JMG Sabah juga terlibat aktif dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana melalui kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), terutama dari aspek pengesanan, pengenalpastian dan pengurusan bahaya geologi.

“Kita berperanan memberi maklumat kepada agensi-agensi lain dalam jawatankuasa, termasuk cadangan bagaimana mengurus risiko, menyusun pelan pengurangan risiko dan menyelaras langkah penyelamatan jika berlaku kejadian bencana,” jelas beliau.

Beliau berkata, JMG Sabah kini sedang melaksanakan projek penyediaan Peta Zon Bencana Seismik Malaysia yang dibangunkan bersama Institut Ekonomi, institusi pengajian tinggi (IPT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan beberapa agensi lain.

Katanya, peta ini mengandungi nilai ‘Peak Ground Acceleration’ (PGA) yang digunakan oleh jurutera dalam mereka bentuk bangunan tahan gempa.

“Kawasan yang dikenal pasti berisiko gempa bumi seperti Kundasang, Ranau, Kudat dan Lahad Datu memerlukan pembangunan yang mengambil kira risiko ini.

“Oleh itu, peta ini akan menjadi panduan penting dalam reka bentuk bangunan dan infrastruktur di kawasan terbabit,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, Patricia Vain berkata, NaTSIS mampu membantu kerajaan negeri mengenal pasti kawasan berisiko bencana dan seterusnya mengelak pembangunan di kawasan tersebut.

“Maklumat yang ada dalam sistem ini sangat membantu dari segi perancangan pembangunan dan pengurangan risiko bencana.

“Oleh yang demikian kita cuba elakkan untuk membuat pembangunan di titik-titik merah itu jadi pihak kerajaan kita boleh mengurangkan risiko,” katanya.

Bagi Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah, Leftenan Kolonel (PA) Erwin @ Elverowen Kinsui, data geologi daripada sistem ini amat penting dalam pengurusan bencana, khususnya bagi tujuan perancangan awal dan latihan simulasi.

“Kita akan gunakan data ini dalam jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah, terutama bagi menyusun kekerapan latihan serta meningkatkan kesedaran masyarakat di kawasan hotspot,” katanya.

  • Related Posts

    SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
    • YnomYnom
    • January 22, 2026

    KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

    TONGOD – Semua pihak diseru agar mengetepikan politik perbalahan dan bergerak secara adil dan bersama-sama demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat),…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    OPR kekal pada paras 2.75 peratus

    OPR kekal pada paras 2.75 peratus

    SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

    • By Ynom
    • January 22, 2026
    SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

    Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

    • By Fandi
    • January 22, 2026
    Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

    Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

    Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

    SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

    • By Ithma
    • January 22, 2026
    SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

    PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

    • By Fatin
    • January 22, 2026
    PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar