Jiwa madani demi si bulus

TAWAU – Jiwa madani itu gambaran tepat terhadap Fung Thin Yein, 58, apabila sanggup menghabiskan wang, masa dan tenaga untuk memelihara kebajikan kucing-kucing terbiar di daerah ini.

Siapa sangka di sebalik kerjayanya sebagai aktivis politik dan usahawan, rupa-rupanya jiwanya penuh dengan kasih dan ihsan kepada si bulus sehingga sanggup berhabis kos lebih RM100,000 semata-mata untuk mewujudkan pusat jagaan kucing.

Tidak kisah berbelanja besar, demi menjaga kebajikan si bulus, Fung sebagai Pengerusi Kelab Pelindung dan Pemeliharaan Kucing Tawau bersama pekerjanya aktif menguruskan pusat itu sejak November 2023.

“Setakat ini lebih 100 ekor kucing jenis kampung, parsi dan siam yang ada bukan sahaja kucing terbiar tetapi kucing yang sudah tidak mampu dibela atau ‘tuannya’ berpindah, sepenuhnya kita urus.

“Kesemua kucing yang diserahkan pada pusat jagaan di bawah kelab ini akan divaksin terlebih dahulu sebelum kita pelihara,” katanya berkongsi cerita semasa melawat ‘rumah kucing’ itu, di sini pada Rabu.

Fung juga menyifatkan pemeliharaan haiwan ini sebagai terapi emosi yang memberi kesenangan hati serta pintu rezeki walaupun membabitkan kos perbelanjaan bulanan yang tinggi sehingga RM4,000 sebulan.

Tambahan pula, Tawau sebelum ini sememangnya ketiadaan pusat jagaan kucing jalanan yang boleh merawat dan melindungi haiwan comel itu dari sebarang bahaya dan penyakit.

Tidak mengharapkan balasan, Fung menggalakkan sukarelawan dari komuniti termasuk doktor haiwan untuk bersama-sama kelabnya menjalankan aktiviti bersama haiwan tersebut pada bila-bila masa.

“Kita tidak mahu dan tidak sanggup nampak kucing-kucing ini terbiar sebab bimbang keselamatan mereka di luar bergaduh dengan anjing atau dilanggar kereta.

“Sekarang kita hanya ada seorang pekerja tetapi dibantu berkala secara sukarelawan oleh ahli kelab untuk mandikan kucing, beri makan dan sebagainya.

“Sesiapa sahaja yang sudi boleh datang untuk bermain bersama kucing di sini dan mereka berpeluang untuk memelihara kucing yang mereka suka,” tambahnya.

Menurut Fung, hasrat murni ini juga mendapat sokongan penuh daripada pucuk pimpinan partinya dan sedang dalam kelulusan untuk mendapatkan dana bagi membina serta menaik taraf rumah kepada taman kucing yang lebih kondusif.

Orang ramai yang ingin mengambil dan menjaga kucing boleh hadir ke Pusat Jagaan di Jalan Sin Onn Tiku, Kongsi 10 yang beroperasi setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 5 petang.

Sumbangan ikhlas dana atau keperluan kucing seperti pasir dan makanan juga boleh dibuat kepada Kelab itu secara terus ke lokasi atau menerusi Facebook Pusat Jagaan Kucing Tawau.

Related Posts

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KEMAMAN — Kementerian Pendidikan (KPM) komited menangani isu keciciran prasekolah bagi memastikan murid yang bakal memasuki Tahun 1 memiliki kemahiran literasi dan numerasi mencukupi untuk mengikuti silibus pembelajaran dengan berkesan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

LINGGA – Regatta Lingga 2025 merupakan penganjuran acara sukan air yang terakhir bagi tahun ini di Sarawak dengan menampilkan acara kemuncak eksklusif iaitu ‘Battle of Titans’. Penaung Regatta Lingga 2025,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM