JHEAIK pantau kubur enam beranak, elak aktiviti khurafat

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengambil langkah proaktif dengan memantau kawasan perkuburan enam beranak yang maut dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok bagi mengelakkan berlakunya sebarang aktiviti khurafat yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Pemantauan itu susulan aduan daripada masyarakat setempat yang melaporkan kebimbangan berhubung kewujudan unsur mencurigakan di lokasi perkuburan tersebut.

Pengarah JHEAIK, Datuk Dr Abd Ghani@Zulkifli Zainuddin berkata, pihaknya telah mengarahkan anggota bertugas untuk membuat pemantauan berterusan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang, Jerlun.

“Kita belum memasang sebarang tali atau sekatan di kawasan perkuburan tersebut namun pemantauan tetap dijalankan dari semasa ke semasa.

“Tindakan akan diambil jika terbukti terdapat amalan yang bertentangan dengan syariat Islam,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Beliau turut menyeru agar masyarakat tidak melakukan perkara khurafat yang bercanggah dengan agama dan logik akal, selain menggesa pihak masjid memainkan peranan aktif membanteras sebarang perbuatan bertentangan akidah di kawasan perkuburan.

Sementara itu, Setiausaha Masjid At-Taqwa, Jerlun, Mhd Shukri Hassan berkata, pihaknya mengesahkan menerima arahan daripada JHEAIK untuk melakukan pemantauan dan turut memohon penduduk setempat agar sama-sama membantu.

Jelasnya, usaha tersebut dilakukan bagi mengelakkan kejadian seperti tindakan individu yang didakwa mengambil tanah kubur arwah Nurly Sahirah Azman, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Gerik, daripada berulang di tanah perkuburan tersebut.

“Pihak masjid tidak menghalang orang ramai untuk menziarahi pusara arwah namun menegaskan agar tiada perkara syirik dilakukan.

“Ziarah tiada masalah, tapi jangan buat benda yang bercanggah dengan agama. Ambil tanah kubur atau buat ritual yang melampau, itu tidak boleh. Kami akan lapor kepada pihak berkuasa jika berlaku,” katanya.

Adik kepada arwah Mohamad Azim Izat Ishak, iaitu Mohamad Adlan Solehin, 24, turut menzahirkan pandangan keluarga agar masyarakat menghormati suasana perkuburan.

Menurutnya, pihak keluarga memahami hasrat orang ramai yang datang kerana simpati dan mahu mendoakan arwah.

“Tak ada masalah untuk datang ziarah kubur. Tapi jangan buat benda yang tak elok. Kami sebagai keluarga pun tidak selesa jika ada yang buat perkara pelik di kawasan kubur,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama empat anak mereka iaitu Putra Rayyan, 9; Hawa Adriana, 8; Annayla Humaira, 7; dan bayi lelaki, Tuah Haydar, 6 bulan, maut selepas kereta dinaiki terbabas ke dalam Sungai Korok, awal pagi Sabtu lalu.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad pada Isnin lalu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang, Jerlun.

Related Posts

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan serta rakan industri bagi memastikan pelaksanaan pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang kukuh dan mampan serta memberi impak nyata kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit