Jelajah AMNS tekankan kesedaran penjagaan kesihatan – Dr Dzulkefly

KUCHING – Usaha mencegah penyakit lebih baik daripada merawat penyakit yang sememangnya menjadi agenda Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Program Madani Afiat adalah satu ikhtiar merakyatkan perkhidmatan KKM.  

“Ia adalah sebahagian daripada agenda reformasi kesihatan yang memacukan anjakan daripada penjagaan sakit kepada penjagaan kesihatan,” kata beliau.

Tambah beliau, Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (AMNS) dan Kembara Madani Afiat Wilayah Sarawak 2024 adalah menekankan tentang saringan kesihatan.

“Oleh itu, agenda utama KKM adalah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI),” ujar beliau.

Selain itu, tambah beliau lagi, usaha ini turut menekankan prinsip kesejahteraan kesihatan sesuai dengan hasrat kerajaan sebagaimana terkandung dalam Konsep Malaysia Madani.

“Melalui NHSI, kita akan mengenal pasti penyakit kronik seperti kanser pada peringkat awal,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Jelajah AMNS dan Kembaran Madani Afiat Wilayah Sarawak Tahun 2024 di Kompleks Stadium Sarawak pada Sabtu.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah berkata masyarakat perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental.

“Pemilihan pemakanan yang sihat dan seimbang serta melakukan pemeriksaan secara berkala sangat digalakkan,” kata beliau.

Tambah beliau, selepas melakukan pemeriksaan kesihatan, kita perlu patuh kepada arahan rawatan diberikan supaya tahap kesihatan dalam keadaan baik.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen