Jeffrey rayu PMX luluskan peruntukan RM900 juta projek tebatan banjir

KOTA KINABALU – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan merayu agar peruntukan kira-kira RM900 juta diluluskan segera bagi melaksanakan projek tebatan banjir sebagai penyelesaian jangka panjang, demi memastikan nyawa rakyat Sabah tidak terus terancam setiap kali hujan lebat melanda.

“Sayu merayu kepada Perdana Menteri agar meluluskan segera peruntukan kira-kira RM900 juta bagi melaksanakan projek berkenaan sebagai penyelesaian jangka panjang.

“Rakyat Sabah sudah terlalu lama menderita setiap kali hujan lebat turun. 

“Kita tidak boleh lagi menunggu tragedi seterusnya.  Nyawa rakyat mesti diutamakan,” ujarnya dalam kenyataan media pada Khamis.

Beliau berkata demikian susulan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa daerah di Sabah baru-baru ini, meragut 13 nyawa termasuk kanak-kanak, warga emas dan orang dewasa.

Katanya, tragedi itu mengingatkan semua pihak bahawa banjir bukan sekadar musibah alam, tetapi dugaan besar yang meragut nyawa, harta benda dan masa depan rakyat.

Antara lokasi yang merekodkan korban jiwa ialah Kampung Cenderakasih di Kota Kinabalu dengan tujuh kematian, Kampung  (Kg)Mook di Papar (dua kematian), Kg Marahang Tuntul, Papar (tiga kematian) serta Kg Sarapung, Penampang (satu kematian).

“Sebagai langkah segera, kerajaan akan melaksanakan kerja-kerja pemulihan sistem saliran di kawasan terjejas serta mempercepatkan projek-projek tebatan banjir yang sedang berjalan. 

“Rakyat tidak boleh terus hidup dalam ketakutan setiap kali hujan lebat turun,” jelasnya.

Jeffrey berkata projek tebatan banjir termasuk Pembangunan Lembangan Sungai Moyog Pakej 2A dan Pakej 4 di Penampang merupakan antara projek kritikal yang telah lama dirancang, tetapi berulang kali tertangguh kerana pembiayaan tidak diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sejak Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16