JBPM sasar lebih 50,000 warga Perlis sertai latihan kebombaan

KANGAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis menyasarkan lebih 50,000 peserta menyertai program latihan kebombaan sepanjang tahun ini.

Pengarah JBPM Perlis, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, sasaran itu termasuk penyertaan secara holistik daripada kanak-kanak tadika, pelajar sekolah menengah dan golongan bekerja.

“Kira-kira 50,000 peserta telah menyertai program komuniti termasuk ceramah, latihan kebakaran dan kempen pencegahan sepanjang tahun lalu di Perlis,” katanya pada Majlis Perbarisan Tahunan 2025 JBPM Perlis di ibu pejabat jabatan itu hari ini.

Menurut beliau, ilmu kebombaan amat penting bagi memastikan masyarakat berkemahiran dalam penyelamatan serta bersedia menghadapi risiko bencana.

Selain latihan kebakaran, program khas berkaitan penyelamatan di air turut dijalankan untuk memastikan masyarakat memahami langkah keselamatan ketika beraktiviti di kawasan air.

“JBPM Perlis turut menumpukan usaha mengurangkan masa respons kecemasan kepada bawah 10 minit dengan menempatkan anggota di kawasan ‘hotspot’ kebakaran,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang tidak terkawal kerana ia boleh mencetuskan kebakaran berskala besar.

Untuk rekod, kira-kira 100 kes kebakaran melibatkan pembakaran haram dilaporkan dalam tempoh satu bulan sejak Januari lalu di negeri itu.

Perlis berada dalam monsun timur laut yang mempengaruhi cuaca panas serta angin kencang yang berpotensi menyebabkan kebakaran besar.

Related Posts

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

SARATOK – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun disyaki terlibat dalam kes curi dalam rumah di Kampung Melango Lama, Saratok, pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

PORT DICKSON – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dipercayai telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, tengah hari tadi bagi membincangkan krisis pentadbiran. Ini disebabkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM