Empat diberkas, PGA Tawau patahkan penyeludupan keluar barang kawalan

TAWAU – Cubaan empat lelaki dipercayai menyeludup keluar pelbagai jenis barang kawalan ke Indonesia berjaya dipatahkan sepasukan anggota Task Force Perisikan dan Team Risik Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Pemangku Superintenden Anselinus Marcus berkata, tiga warganegara dan seorang warga asing itu berjaya diberkas menerusi serbuan di sebuah rumah di Jalan Tawau Lama.

“Pemeriksaan mendapati disyaki berlaku kegiatan penyeludupan kerana aktiviti urus niaga dibuat di dalam sebuah rumah dan bukannya dalam premis atau gudang berlesen selain tiada sebarang dokumen yang sah untuk membuktikan mereka boleh menyimpan barangan terkawal dalam kuantiti yang banyak.

“Modus operandi mereka adalah memunggah barangan tersebut ke bot dengan kadar yang sangat pantas, seterusnya dibawa segera ke negara jiran melalui jalan laut menghala ke kawasan negara Indonesia.

“Pada masa yang sama, kedudukan rumah tersebut amat berdekatan dengan laut untuk memudahkan kerja-kerja mengangkut barangan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Menurut Anselinus, antara barang kawalan dirampas termasuklah 1,619 peket gula putih dan kasar, 120 guni baja campuran, 15 gelen petrol, 170 tong gas, tujuh lori box dan enam bot laju berserta enam enjin dengan anggaran keseluruhan bernilai lebih RM1.3 juta.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tegasnya, Batalion 14 PGA Tawau akan terus melaksanakan gerak gempur di kawasan tanggungjawab dalam usaha membanteras sebarang aktiviti penyeludupan, kontraban atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

Related Posts

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

KOTA KINABALU – Sabah mengambil langkah strategik bagi memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang dengan memberi tumpuan kepada sekuriti makanan, infrastruktur logistik, dan penstabilan harga, susulan ketidaktentuan pasaran tenaga global. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

SIBU – Penganjuran Sibu International Powerboat Race (SIPR) kini diletakkan sebagai agenda utama dalam usaha memartabatkan bandar ini sebagai destinasi pelancongan sukan air bertaraf antarabangsa. Langkah itu selari dengan potensi besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah