Jannie kecewa PPM Kapayan letak jawatan, hasrat jadi calon bebas PRN17 Sabah

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang meluahkan rasa kecewa terhadap Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kapayan, Cyril Liew kerana sanggup berpaling tadah dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

“Saya kesal dengan keputusan Cyril untuk keluar dari DAP.

“Sebagai PPM saya bagi Kapayan, saya memberikan kepercayaan kepada beliau untuk membantu saya dalam pelbagai tugasan demi memastikan projek dan aduan rakyat Kapayan diuruskan dengan baik.

“Saya tidak menyangka beliau akan berpaling tadah,” katanya melalui kenyataan media, di sini pada Rabu.

Ini susulan daripada tindakan Cyril meletak jawatan dari DAP kerana berhasrat untuk bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Cyril membuat pengumuman itu dalam program bersama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda, pada Selasa.

Mengulas lanjut, DAP Sabah telah mengesahkan penerimaan surat peletakan jawatan daripada Cyril.

Jannie yang juga Naib Pengerusi DAP Sabah berkata Cyril tidak memegang sebarang jawatan dalam DAP.

“Segala hasil kerja baik yang dikatakan oleh Cyril adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai PPM yang merupakan usaha daripada pasukan yang saya bentuk.

“Saya menafikan sebarang dakwaan berhubung pengabaian kebajikan staf saya.

“Apain Soriun, yang kini menyebarkan fitnah dan kebencian di laman Facebooknya, telah ditamatkan perkhidmatan kerana prestasi kerja yang lemah serta keengganan berterusan untuk hadir ke pejabat dan mesyuarat.

“Tiada nilai dalam pendakian lebih tinggi jika terpaksa memijak tangan yang pernah mengangkatmu,” tegasnya.

Related Posts

Jawatan tertinggi bukan jaminan jadi calon PKR PRU16

JOHOR BAHRU – Kedudukan sebagai ketua cabang, ketua wanita atau ketua pemuda PKR bukan jaminan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tegas tidak kompromi salah guna kuasa

KUALA LUMPUR – PKR menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin atau ahlinya yang didapati menyalahgunakan kuasa. Ketua Penerangannya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis