Jangan jadikan ahli Pas ‘bola tanggung’ bayar saman Siti Mastura

KUALA LUMPUR – Beberapa ahli Pas negeri tidak bersetuju dengan tindakan kepimpinan tertinggi parti itu yang mahu menggunakan duit ahlinya bagi membiayai Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad untuk membayar RM825,000, seperti diperintahkan oleh mahkamah.

Seorang ahli Pas yang mahu dikenali sebagai Azman berkata, akar umbi Pas kini menjadi ‘bola tanggung’ kepada Siti Mastura biarpun perbuatan fitnah itu merupakan perbuatan yang sangat ditegah dalam agama Islam.

Tegasnya, Siti Mastura seharusnya istiqamah atas keterlanjuran dirinya dalam mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pihak lawan, selain kepimpinan seharusnya bersikap tegas kepada wakil rakyat itu selepas kalah dalam saman fitnah yang difailkan tiga pemimpin DAP.

“Mastura sendiri mulutnya yang suka cakap lepas tanpa berfikir sehingga kenyataannya itu mencetuskan unsur berbaur fitnah. Patutnya dia tanggung sendiri kesalahan itu.

“Kita sebagai umat Islam sendiri sedia maklum bahawa sebenci mana pun kita dengan pihak lawan, kita perlu menghormati mereka dengan tidak menimbulkan fitnah kerana tindakan itu boleh mencetuskan keharmonian. Rasulullah sendiri cegah perbuatan ini,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Dalam pada itu, seorang ahli Pas Johor yang mahu dikenali sebagai Rahman mempersoalkan bantuan ‘derma jihad’,
seolah-olah parti mahu menormalisasi kesalahan fitnah di kalangan pemimpinnya dan menyeru akar umbi untuk mempertahankan perbuatan terkutuk tersebut.

Menurutnya, saman yang dihadapi Siti Mastura adalah atas kesalahan fitnah, dan asas dalam Islam untuk menghulurkan bantuan adalah ke arah kebaikan atau taqwa.

“Kesalahan fitnah Mastura sepatutnya diambil tindakan tata tertib yang tegas oleh pimpinan Pas, bukannya mempertahankan dengan mengarahkan kutipan derma. Kenapa pertahankan kesalahan yang sudah pun terbukti di mahkamah.

“Kepimpinan tertinggi Pas seolah-olah mahu mempertahankan suatu perkara yang dianggap dosa besar dalam Islam.
Perbuatan kutipan derma ini seperti mahu mengheret kami akar umbi bersubahat mempertahankan kesalahan dan dosa fitnah yang dilakukan,” luahnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan kenyataan Siti Mastura yang mengaitkan veteran serta pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok yang mempunyai pertalian dengan komunis sebagai fitnah dan tidak disokong bukti.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Quay Chew Soon dalam prosiding secara maya melalui aplikasi Zoom, mendapati defendan bertindak dengan niat jahat dan pembelaan terhadap beliau berdasarkan alasan komen adil dan keistimewaan bersyarat tidak dapat diterima.

Mahkamah turut mengarahkan Siti Mastura membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 kepada Kit Siang, Guan Eng (RM250,000) dan RM200,000 kepada Teresa Kok, selain menetapkan RM25,000 dibayar kepada setiap plaintif sebagai kos.

Siti Mastura telah diberikan penangguhan sementara pelaksanaan pembayaran ganti rugi sementara menunggu perbicaraan mahkamah pada akhir Januari untuk mendapatkan penangguhan penuh terhadap hukuman tersebut.

Related Posts

Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani secara cermat

PUTRAJAYA – Pelantikan hakim mahkamah atasan di Malaysia perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan. Istana Negara dalam kenyataannya berkata, perkara itu mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI