Jambatan runtuh, lebih 1,000 penduduk Kampung Hutan Tualang terjejas

JERLUN – Jambatan uzur di Kampung Hutan Tualang yang menjadi laluan utama kepada lebih 1,000 penduduk di beberapa kampung sekitar Ayer Hitam dan Kuala Tunjang runtuh pada petang Selasa selepas lebih lima tahun digunakan dalam keadaan tidak selamat.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu dipercayai berpunca daripada arus sungai deras dan sisa tumbuhan air yang tersangkut di bawah jambatan menyebabkan struktur yang telah lama retak tidak lagi mampu bertahan.

Penduduk kini terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh, sekali gus menjejaskan aktiviti harian mereka.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Gandai, Mohd Zulhailmi Che Azmi berkata, penduduk telah lama bimbang mengenai keadaan jambatan itu yang sudah menunjukkan tanda-tanda kerosakan sejak 2020.

“Penduduk dah lama risau jambatan ini akan runtuh. Ia menjadi laluan utama bagi pelajar sekolah, petani dan pekerja kilang. Sejak ia retak, hanya motosikal dan kereta boleh melaluinya, tapi sekarang semuanya musnah,” katanya .

Mohd Zulhailmi mendakwa, aduan telah dibuat kepada pihak berwajib sejak 2021, namun hanya kerja tampalan sementara dilakukan yang tidak mampu memperkukuh struktur jambatan.

Seorang penduduk, Zulkifli Md Isa, 61, berkata, jambatan berusia lebih 60 tahun itu sudah lama berada dalam keadaan yang membahayakan pengguna, namun masih belum dibaiki secara menyeluruh.

“Pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pernah datang buat tinjauan pada 2022 dan kos baik pulih dianggarkan mencecah RM400,000. Tapi hanya kerja tampalan kecil dilakukan.

“Kami tak ada pilihan, jambatan ini paling dekat untuk kami keluar menjalankan aktiviti harian,” ujarnya.

Penduduk kini mendesak pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera bagi membina semula jambatan tersebut demi keselamatan dan kemudahan mereka.

“Tak perlu jambatan besar, cukup sekadar jambatan yang selamat untuk semua orang, termasuk kenderaan kecemasan,” kata Zulkifli.

Buat masa ini, penduduk terpaksa menggunakan Jalan Tandop-Kuala Tunjang sebagai laluan sementara, namun perlu menempuh jarak lebih dua kilometer melalui jalan rosak yang sering digunakan lori dan jentera pertanian.

Difahamkan pihak berwajib telah membersihkan laluan tersebut bagi kegunaan sementara penduduk terjejas.

Related Posts

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

LIMBANG – Pelaksanaan Projek Hopecare ‘Basic Of Life’ Limbang Rural Water Project disifatkan sebagai satu inisiatif amat signifikan dalam usaha memastikan akses kepada bekalan air bersih dan selamat dapat dinikmati…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada dua batu nautika dari daratan pada pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim