JAKIM anjur solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini di tiga masjid utama

KUALA LUMPUR – Sebagai tanda solidariti umat Islam di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh.

Ia akan diadakan di tiga masjid utama membabitkan Masjid Negara di Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, selepas solat maghrib malam ini.

Ketua Pengarahnya, Datin Hakimah Mohd Yusoff berkata, justeru orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi menunaikan solat jenazah ghaib itu sebagai tanda solidariti umat Islam di negara ini terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim Zionis Israel.

“JAKIM amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Ismail Haniyeh yang kembali ke rahmatullah, semalam.

“Almarhum adalah seorang tokoh yang disegani dan teguh dalam perjuangan membela nasib umat Islam di Palestin. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama syuhada serta golongan yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Haniyeh syahid dalam serangan udara ke atas kediamannya di Tehran, Iran, awal pagi semalam, ketika berada di negara itu untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharunya, Masoud Pezeshkian, kelmarin.

Pengawal Revolusi Iran menyatakan Haniyeh terkorban bersama seorang pengawalnya dalam serangan itu, manakala Hamas dalam satu kenyataan pula memaklumkan bahawa kumpulan pejuang terbabit berkabung atas kematian pemimpin berkenaan yang dikatakan terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran.’

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran