Jabatan Pertanian Perak terus perluas, perkasa tanaman bawang

SUNGKAI – Kejayaan projek rintis fasa pertama penanaman bawang Perak di Kampung Kuala Bikam berkeluasan satu hektar yang menghasilkan 3.3 tan metrik bawang pada fasa tuaian pertama April lalu, menjadi tanda aras bagi Jabatan Pertanian Negeri Perak untuk terus mengorak langkah.

Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Norsiyenti Othman berkata, pihaknya akan memperluaskan lagi kawasan penanaman bawang Perak sehingga 10 hektar bagi fasa kedua penanaman, sebagai usaha dalam meningkatkan pengeluaran sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap import produk tersebut.

Beliau berkata, inisiatif memperluaskan penanaman bawang itu dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara kerajaan negeri serta usahawan berpotensi, dengan pelaksanaan latihan semula dan pengukuhan berterusan.

“Pada masa ini, penanaman seluas empat hektar telah dimulakan di Daerah Batang Padang manakala empat hektar lagi di Daerah Kinta selepas kejayaan di Kampung Kuala Bikam, dengan anggaran pengeluaran keseluruhan sebanyak 32 tan metrik.

“Tanaman rintis (Kampung Kuala Bikam) sudah memasuki fasa kedua dan secara keseluruhannya tanaman bawang di Perak berkeluasan 10 hektar melibatkan projek di bawah selenggaraan Jabatan Pertanian Perak serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perak,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, kawasan penanaman akan diperluas melibatkan tanah wakaf masjid seluruh negeri melalui kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melibatkan anggaran seluas empat hektar.

“Inisiatif ini selaras dengan matlamat Perak untuk memperkasakan keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan import, seperti yang digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 oleh Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad,” katanya.

Menjelas lanjut, Norseyanti berkata, pada 2022 jumlah import bagi dua jenis bawang, iaitu bawang besar dan bawang kecil adalah 684,400 tan dengan nilai mencecah RM1.58 bilion.

“Malaysia mengimport bawang sebanyak 525,055.37 tan dengan nilai RM944,990,373 dari 20 negara. Krisis bekalan bawang pada 2020 akibat banjir besar melanda India, telah mengakibatkan kenaikan harga jualan bawang sehingga tiga kali ganda.

“Sejak itu, Perak menjadi negeri pertama yang memulakan langkah penanaman bawang secara komersial,” ujarnya.

Tambahnya, penanaman kali ini akan ditambah baik dari segi jarak penanaman, kawalan perosak dan penyakit, pembajaan serta proses pengeringan berdasarkan hasil pembelajaran daripada lawatan ke Indonesia sebelum ini.

Related Posts

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

KOTA KINABALU – Isu jalan raya rosak di kawasan Parlimen Sepanggar diberi perhatian serius, dengan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan secara berperingkat. Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud berkata, aduan rakyat berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

IPOH– Kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak, termasuk wakil rakyat pembangkang, menerima peruntukan sama rata sebanyak RM10,000 sebulan yang disalurkan melalui Pejabat Pusat Khidmat kawasan Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028