Jabatan Mufti Kedah akan kaji semula kadar zakat fitrah

ALOR SETAR – Jabatan Mufti Kedah akan mengkaji semula kadar zakat fitrah pada masa hadapan susulan berlakunya isu pencampuran beras putih tempatan dengan beras putih import.

Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, walaupun amalan terbabit didakwa telah lama berlaku namun sehingga kini tiada kajian menyeluruh dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap kadar zakat fitrah.

“Langkah pertama, kita perlu mengenal pasti nisbah campuran, sama ada beras tempatan lebih banyak daripada beras import, atau sebagainya. Kita belum ada gambaran penuh,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui selepas pengumuman kadar zakat fitrah Kedah bagi 2025 pada semalam.

Menurutnya, Jabatan Mufti Negeri akan menunggu laporan terperinci daripada agensi kerajaan yang berkaitan sebelum membuat sebarang cadangan.

Fadzil memaklumkan, pihaknya akan membuat tinjauan sewajarnya dan memberi pandangan sebaik sahaja penemuan terbabit tersedia dan kriteria ditetapkan.

Sebelum ini, kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mendapati sekitar 40 hingga 50 peratus beras import daripada 5,000 sampel yang dianalisis disahkan bercampur dengan beras putih tempatan.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memberitahu, penetapan semula kadar zakat fitrah berdasarkan gred beras yang sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam setiap negeri bagi menentukannya berikutan isu pembongkaran beras campur baru-baru ini.

Beliau berkata, jika isu itu jelas terbukti, ia boleh dibawa kepada pihak-pihak berkenaan untuk dipertimbangkan semula kerana kadar zakat fitrah ditetapkan ketika ini berdasarkan keputusan fatwa terdahulu.

Related Posts

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

KUCHING – Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat terjamin menerusi pelaksanaan dasar tenaga yang lebih efisien, khususnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api diesel. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

LAHAD DATU – Kerajaan Sabah akan memperhalusi pembinaan sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan pelebaran jalan Tengah Nipah, di sini, bagi memenuhi keperluan dan keselesaan masyarakat setempat. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000