Jabatan Bantuan Guaman santuni 402 mangsa jenayah seksual terkait GISB – Azalina

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengarahkan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) menyantuni 402 kanak-kanak dan keluarga mereka yang menjadi mangsa jenayah seksual serta eksploitasi di Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal penindasan terhadap kanak-kanak kerana golongan itu adalah generasi penerus Malaysia dan kesejahteraan mereka adalah tanggungjawab bersama.

“Saya sudah menghubungi Pengarah JBG dan mengarahkan mereka menyantuni kanak-kanak dan keluarga mereka yang menjadi mangsa dalam insiden jelik ini dengan menawarkan khidmat ‘pendamping kanak-kanak’ atau ‘legal companion’.

“Saya berasa amat dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya kes 402 kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dan eksploitasi di 20 rumah amal. Saya difahamkan siasatan sedang berjalan berkenaan perkara ini,” katanya dalam hantaran Facebook, pada Jumaat.

Azalina berkata, kerajaan memberi penekanan serius dan komited terhadap isu membabitkan kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak.

Ujar beliau Kerajaan Madani melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif termasuk pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak yang sudah diluluskan pada sidang Parlimen lalu.

“Pindaan itu bertepatan dan kena pada waktunya kerana ia memperuntukkan kecekapan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding, selain menghapuskan keperluan keterangan sokongan mandatori,” katanya.

Pada Rabu lalu, sebanyak 171 individu ditahan selepas polis menyerbu 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak serta agama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis turut menyelamatkan 402 individu, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur satu hingga 17 tahun yang kini ditempatkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Related Posts

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM