Isu saman nelayan perlu ditangani secara berhemah

PAPAR – Isu saman terhadap komuniti nelayan terutamanya dari Kampung Kuala perlu ditangani secara menyeluruh dan berhemah, dengan mengambil kira realiti kehidupan nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada sumber laut sebagai mata pencarian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung perkara berkenaan dan telah menyuarakannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak tahun lepas.

“Saya telah membuat libat urus bersama dengan kementerian seperti Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, agensi, jabatan dan pemain industri berkaitan.

“Kita telah suarakan (perkara ini) dan telah diambil maklum. Jadi ada beberapa pendekatan yang kita ajukan kepada kementerian terutamanya bagaimana mencari jalan penyelesaian berkaitan isu nelayan ini.

“Jika diikutkan, kawasan (perairan berdekatan Pulau Tiga) memang kawasan tradisi mereka. Tapi kawasan itu telah digazetkan dan kita hormati undang-undang. Cuma ada masa tertentu mereka kena berteduh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penghargaan Masyarakat Cina DUN Pantai Manis, di sini, semalam.

Saifuddin yang juga Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd memohon kepada pihak berkaitan untuk mempertimbangkan agar komuniti nelayan berteduh di kawasan perairan khususnya di kawasan yang dilindungi Taman-Taman Sabah tidak diambil tindakan.

“Kadang-kadang, ada antara mereka ini mencari tempat berteduh dari hujan semasa menangkap ikan. Sekiranya mereka berteduh dan bukan menangkap ikan (di kawasan larangan), seharusnya tidak diambil tindakan.

“Kebanyakan hidup nelayan pesisir ini ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Nelayan pesisir pantai ini tidak pernah menggunakan bom ikan yang merosakkan terumbu karang. Mereka adalah nelayan tradisi dan tidak mengancam terumbu karang.

“Jadi kita akan berusaha secara berterusan bagaimana mengatasi perkara ini. Sebab ini adalah rintihan golongan nelayan,” katanya.

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

KANOWIT – Ratusan penduduk di Rumah Kulih kini mampu menghela nafas lega apabila kesukaran pergerakan harian mereka diatasi menerusi pembinaan sebuah titian besi bernilai RM150,000 yang telah siap sepenuhnya. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat