Isu Petronas-PETROS selesai melalui rundingan

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan isu berbangkit antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) secara rundingan.

Perkara itu dimuktamadkan dalam pertemuan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg di Perdana Putra, semalam.

Pertemuan itu turut disertai kepimpinan tertinggi kedua-dua syarikat minyak dan gas berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pemimpin bersetuju memuktamadkan prinsip asas dalam masa terdekat bagi memudahkan rundingan antara Petronas dan PETROS.

“Langkah ini penting bagi memastikan potensi besar hasil kerjasama Petronas dan PETROS dapat diteroka secara menyeluruh serta dilaksanakan dengan berkesan.

“Ini termasuk mempercepatkan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri dan Premier Sarawak turut menyatakan komitmen bersama untuk menyelesaikan semua isu terdahulu melalui perbincangan berterusan dan membina.

Kerjasama antara Petronas dan PETROS dijangka dapat memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab tenaga serantau yang mampan, selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi lebih seimbang antara wilayah.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy