TEMERLOH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes perarakan mengibarkan bendera China di Teluk Intan, Perak, seperti yang tular di media sosial.
“Kita telah serahkan pihak PDRM untuk melakukan sisatan dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada hasil siasatan berkenaan,” katanya kepada media selepas Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang 2024 di Dewan Tun Razak, dekat Temerloh, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Baru-baru ini, seramai 17 warga China diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, dilaporkan berkata, tangkapan dibuat kerana mereka melanggar syarat ditetapkan antaranya tidak boleh menggangu ketenteraman awam, mengibarkan bendera negara lain serta tidak boleh melibatkan warga negara asing.





