Isu kekurangan bekalan beras bukan hanya berlaku di Pahang

KUANTAN – Sebanyak tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit dalam meningkatkan pengeluaran padi di Pahang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurutnya, syarikat berkenaan ialah Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Merchong melibatkan kawasan seluas 526 hektar, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) di Rompin (1,214 hektar) dan Yayasan Pahang di Ganchong, Pekan (202 hektar).

“Kita tidak menafikan bekalan beras tidak mencukupi, tetapi setakat ini kita melibatkan tiga GLC dalam penanaman padi.

“Ini sudah buat, bukan baru buat. Ini sedikit sebanyak akan meningkatkan bekalan tempatan di Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa jawapan Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) terhadap pertanyaan Datuk Andansura Rabu (Pas-Beserah) berkenaan tindakan Kerajaan Pahang menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai menjelaskan, isu kekurangan bekalan beras tidak hanya berlaku di Pahang malah di seluruh negara, apabila hanya 60 peratus pengeluaran beras dapat dihasilkan secara tempatan sejak dahulu lagi.

“Kita kena import sebab tidak mencukupi, yang menyebabkan tidak mencukupi antaranya negeri yang paling banyak sawah padi seperti Kedah kini makin mengecil.

“Sebab buat banyak projek perumahan, jadi kawasan penanaman padi semakin kurang dan kita terpaksa import,” jelasnya.

Terdahulu, Chon Siang memaklumkan, bermula September 2023 sehingga kini, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melancarkan Pelan Intervensi seluruh negara.

Jelasnya, hingga kini sebanyak 248,841 kampit beras diedarkan FAMA Pahang.

“Daripada jumlah itu, 89,192 kampit diedarkan pada tahun 2023 manakala 145,649 kampit (2024) dan 14,000 kampit hingga 10 April lalu.

“Pengagihan beras oleh FAMA Pahang adalah melalui empat pusat operasi iaitu di Jerantut, Lanchang, Kuantan dan Cameron Highlands serta diedarkan melalui 46 buah Kedai Agrobazaar FAMA di seluruh negeri,” katanya.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang