Isu China dan Cina: Mereka ‘berhipokrita’ lagi!

SESUATU polemik tidak kira melibatkan apa-apa bidang pun seharusnya ditangani dengan hanya satu kayu ukur.

Dalam ‘peribahasa’ moden, satu daripada frasa yang mungkin sesuai dengan larangan melakukan perkara itu ialah “Jangan alih tiang gol”.

Isu ini berkait rapat dengan pemerkasaan ‘bahasa dan sastera’ serta pemartabatan nilai ‘seni dan budaya’ yang disebutkan Perdana Menteri Jumaat lalu.

Saya terfikir membawakan permasalahan ini ke tengah-tengah lingkungan masyarakat; mengaitkannya dengan pergulatan politik kepartian yang kian berbahang.

Yang menarik perhatian, tersebar surat kerajaan Negeri Kelantan yang menggunakan sebuah syarikat dari China untuk menyiapkan Kota Bharu Sentral (KB Sentral).

Daripada isu itu, timbul pertanyaan – adakah wajar pelantikan syarikat dari China itu dilakukan secara runding terus?

Itu satu hal, tetapi ada hal lain yang lebih kritikal difikirkan.

Yang dimaksudkan itu, ‘hipokrasi’ (orang Sepanyol memanggilnya hipokrita) Pas yang kerap berkontradiksi dengan retorik dan fitnah tujahan mereka sendiri.

Kalaulah diasaskan itu kepada logik fitnah Pas, Kerajaan Kelantan baru sahaja buka pintu kepada China ‘menjajah’ Kelantan.

Sejurus sebelum ini, Pas dan rakan seoposisinya menaburkan fitnah, China mahu menjajah Malaysia melalui sambutan 50 tahun hubungan diplomatik di Pulau Pinang.

Rentetan taburan fitnah beresipikan China dan Cina itu, tersebar dalam media sosial bahawa berlaku perjanjian persefahaman (MoU) untuk China menjajah Malaysia.

Bergegak-gempitalah naratif itu dan ‘ustaz-ustaz Pas’ turut menjadi tukang sebar.

Akal budi tergadai di sini. Alasannya apa?

Alasannya, munasabahkah ‘kuasa besar’ menjajah negara asing dengan tandatangan MoU?

Begitulah zalimnya oposisi; mendidik rakyat (pewalaknya) memandulkan akal budi.

Beberapa hari selepas kapal latihan China berlabuh di Pulau Pinang, kapal Rusia dan kapal Jerman berlabuh, tetapi tidak pula dijadikan isu.

Bagi yang sudah faham strategi politik Pas (umumnya Perikatan Nasional – PN), di sinilah ‘tiang gol dialihkan’.

Apakah maknanya itu?

Jawapannya, PN sengaja meniup sentimen perkauman dan menyalutnya dengan bancuhan ‘gandum agama’ bagi mengumpulkan sokongan.

Sebenarnya sudah terlalu banyak fitnah dicetuskan pembangkang menggunakan resipi falasi dan kontradiksi – pro-Amerika Syarikat, pro-Israel, pro-China, dan ejen Yahudi.

Itulah taktikal mudah PN – Pas berpolitik untuk menutup wangian Kerajaan Madani.

Taktikal itu masih lagi laku pada sesetengah keadaan tetapi PN – Pas sedar gas kian rosot. Petunjuknya jelas – keputusan suara rakyat di Nenggiri dan Mahkota.

Yang pasti, mereka bagaikan nak ‘terkencing’ menyiapkan KB Sentral setelah 12 tahun menggunakan stesen bas ‘sementara’ Lembah Sireh yang daif dan menyedihkan.

Pun begitu, kerana mereka itu ‘keras keng’, kaedah ‘takiah’ (taqiyyah) diguna pakai. Sebutannya sedap tetapi maksudnya berdalih – berpura-pura, hipokrit, dan ‘hipokrita’.

Itulah namanya ‘alih tiang gol’.

Alahai, penatnya menjadi pengadil, pemain, dan penonton dalam sayembara begini!

Related Posts

Disiplin fiskal MADANI, lebih relevan dan strategik

SEBELUM rasionalisasi dilaksanakan, perbelanjaan subsidi Malaysia mencecah sehingga RM81 bilion pada 2022. Suatu keadaan fiskal yang jelas tidak mampan. Justeru, Kerajaan MADANI memilih pendekatan penstrukturan berasaskan data melalui subsidi bersasar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri