Israel musnahkan 814 masjid, 3 gereja dalam serangan di Gaza

KEMENTERIAN Hal Ehwal Agama Gaza dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, 814 buah masjid di Semenanjung Gaza telah dimusnahkan oleh tentera penjajah Israel sejak perang pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Menurutnya, tentera Israel telah memusnahkan 79 peratus daripada 1,245 masjid di Gaza manakala 148 buah masjid lagi mengalami kerosakan teruk akibat pengeboman besar-besaran menyasarkan bandar itu.

Selain itu, turut mengalami kemusnahan dan kerosakan sama iaitu tiga buah gereja dan 19 daripada 60 tanah perkuburan yang sengaja disasarkan semasa pengeboman bertali arus dari udara dan darat, lapor Anadolu.

Tambah kementerian tersebut, kos kewangan bagi membaiki kerosakan harta benda dan awam tersebut dianggarkan sebanyak AS$350 juta.

Jelasnya, tentera Israel turut mencemarkan kubur, menggali mayat, dan melakukan keganasan kejam terhadap mereka yang telah meninggal dunia dengan mencuri mayat dan mencacatkannya.

Selain pemusnahan tempat ibadat, 11 kemudahan pentadbiran dan pendidikan meliputi 79 peratus struktur bangunan tersebut di bawah kementerian sama turut dimusnahkan malah tentera Israel juga telah membunuh 238 pekerjanya dan menahan 19 yang lain semasa serangan darat di wilayah itu.

Kementerian mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas tapak keagamaan Gaza dan menggesa masyarakat antarabangsa, termasuk pertubuhan antarabangsa dan Islam supaya segera campur tangan bagi menamatkan perang pemusnahan yang masih berterusan.

Related Posts

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

WASHINGTON – Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai ‘lelaki yang agak sakit’. Presiden Amerika Syarikat (AS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy