Anuar Fariz Fadzil bukan adik Fahmi

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil, menepis dakwaan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Anuar Fariz Fadzil yang baharu dilantik adalah adiknya.

Fahmi berkata, MDEC yang bertindak sebagai agensi peneraju digital negara terletak di bawah Kementerian Digital kelolaan Gobind Singh Deo dan bukan di bawah Kementerian Komunikasi.

“Beliau (Anuar) bukanlah sepupu, bau-bau bacang pun tidak ada. Kami punya ayah lain, mak lain, dan saya tiada kena-mengena dengan lantikan berkenaan.

“Bagi pihak-pihak yang cuba buat fitnah, saya harap mereka sedarlah, jangan terlalu mudah untuk menabur fitnah dan biarlah ini menjadi pengajaran buat kita semua,” katanya.

Khamis lalu, Anuar Fariz Fadzil, sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, dilantik sebagai CEO MDEC yang baharu menggantikan Mahadhir Aziz yang tamat penggal jawatan CEO pada 31 Ogos lepas.

Related Posts

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi