Israel bunuh lagi 48 penduduk Palestin, angka kematian melebihi 52,600 di Gaza

SEJAK Oktober 2023, sekurang-kurangnya 52,615 penduduk Palestin telah terbunuh dalam perang genosid Israel, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa.

“Terdapat 48 orang terbunuh dalam serangan Israel di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu, manakala 142 yang lain cedera, menjadikan jumlah kecederaan kepada 118,752 dalam serangan berterusan oleh Israel.

 “Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” katanya lapor Agensi Anadolu.

Tentera Israel telah meneruskan semula serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza sejak 18 Mac, mengakibatkan lebih 2,500 kematian dan lebih 6,700 kecederaan, meskipun terdapat perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang mula dikuatkuasakan pada Januari.

Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Selain itu, Israel kini sedang dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tuduhan melakukan genosid berikutan serangannya ke atas wilayah tersebut.

Related Posts

Majoriti keluarga di Gaza hadapi krisis air yang serius

KIRA-KIRA 90 peratus keluarga di Semenanjung Gaza kini mengalami kekurangan air yang sangat kritikal akibat kerosakan besar terhadap infrastruktur ketika serangan ketenteraan berlanjutan ke hari ke-583. Menurut sumber perubatan, lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Putin adakan rundingan perkukuh hubungan dua hala dan isu serantau

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu, menurut laporan agensi berita TASS. Menurut perkhidmatan akhbar Kremlin, perbincangan antara kedua-dua pemimpin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Lelaki dengan 19 rekod jenayah lampau ditembak mati di Bukit Jambul

Lelaki dengan 19 rekod jenayah lampau ditembak mati di Bukit Jambul