Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM40.3 bilion

PUTRAJAYA – Iskandar Malaysia mencatat pelaburan komited sebanyak RM40.3 bilion, manakala pelaburan direalisasikan pula mencecah RM22.5 bilion bagi tempoh Januari hingga September lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan ketika beliau mempengerusikan mesyuarat ke-33 Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), semalam.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, mesyuarat itu turut membincangkan isu berkaitan hala tuju dan inisiatif yang telah digariskan untuk Iskandar Malaysia, termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang akan memberi anjakan kepada ekonomi negara.

“Mengambil contoh ikhtiar pewujudan Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia-Johor (IMFC-J), saya menekankan kepentingan keberkesanan pelaksanaan dari segi proses dan tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan, selaras dengan strategi kerajaan dalam memudah cara perniagaan,” katanya dalam hantaran melalui laman X.

Anwar berkata, dalam konteks Johor, pelbagai projek baharu dan sambungan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 perlu disambut dengan pelaksanaan segera serta berkesan.

Beliau berkata, Johor juga perlu memanfaatkan Kepengerusian Asean 2025 berikutan beberapa mesyuarat akan dianjurkan di negeri itu.

Related Posts

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri. Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit