Isu kesihatan mental golongan pekerja, kerajaan diminta pinda Akta Kerja 1955

IPOH – Bagi memberikan tumpuan menyeluruh terhadap isu kesihatan mental golongan pekerja, kerajaan diminta untuk menambah baik melalui pindaan Akta Kerja 1955 yang dilihat masih mempunyai kelemahan dalam membela nasib pekerja terutama yang berdepan dengan risiko dibuang kerja asbab masalah kesihatan mental yang dihadapi.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, walaupun akta berkenaan telah menjalani pindaan terkini pada tahun 2022, namun perkara berhubung isu berkenaan tidak disentuh secara khusus.

Ujarnya, bagi usaha jangka masa pendek, kerajaan disaran untuk memperkenalkan satu garis panduan terkini dalam mengurus masalah kesihatan mental terhadap golongan pekerja.

“Akta lain seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 juga bersifat umum apabila ia tidak menyentuh secara khusus tentang isu berkenaan (masalah mental).

“Kita memerlukan suatu peruntukan yang lebih memberi tumpuan berkaitan isu kesihatan mental selain peruntukan yang wujud pada akta-akta sedia ada.

“Akta Kerja 1955 juga tidak ada perkataan (peruntukan) khusus yang sentuh soal masalah kesihatan mental, dan begitu juga terhadap Akta Perhubungan Perusahaan 1967,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Bahagia Ulu Kinta, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha serta Pengerusi Persatuan Kebajikan Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Saramah Mohd Isa.

Mengulas lanjut, Sivanesan berkata, pihak majikan juga seharusnya menjaga kebajikan para pekerja terutama yang menghadapi masalah kesihatan mental.

“Terdapat kes di mana pekerja yang menghidapi masalah kesihatan mental, tetapi perkara yang dihadapi pekerja itu agak sukar dibuktikan di mahkamah. Akhirnya tidak ada keadilan untuk pekerja sebegini.

“Mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan itu, lazimnya akan mengalami prestasi kerja yang merosot. Seharusnya pihak majikan memberi penilaian adil dan mencari jalan terbaik kepada pekerja mereka.

“Ia termasuk membantu pekerja mereka mendapat rawatan dan sebagainya. Menyingkirkan pekerja daripada jawatan mereka seharusnya menjadi pilihan terakhir majikan,” katanya.

Sementara itu, Dr Feisul Idzwan berkata, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental seperti tekanan persekitaran di tempat kerja, masalah kewangan serta genetik.

Justeru beliau meminta agar sesiapa yang mempunyai gejala awam masalah kesihatan mental untuk segera tampil mendapatkan rawatan baik di premis Kementerian Kesihatan mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Antara stigma yang perlu dibuang adalah apabila mereka merasakan mengalami masalah itu, mereka beranggapan mereka lemah, lalu terus menyembunyikan masalah atau memendam.

“Cara mengatasinya adalah melalui pengetahuan. Harus diketahui bahawa masalah kesihatan mental adalah penyakit. Ia bukan tanda lemah, sebaliknya ia boleh dirawat,” katanya lagi.

Malah menurut Dr Feisul Idzwan, trend masa kini juga menunjukkan golongan kanak-kanak seawal usia 10 tahun di negara ini turut terdedah dengan masalah kesihatan mental.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang