IRGC umum lancar Operasi True Promise 4

TEHRAN – Pejabat Perhubungan Awam Kor Polis Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan gelombang ketiga dan keempat ‘Operasi True Promise 4’ dimulakan sebagai tindak balas terhadap siri serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran.

Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan, Pejabat Perhubungan Awam IRGC dalam kenyataan ketiga awal pagi tadi menyatakan operasi itu menumpukan sasaran ketenteraan dan keselamatan AS dan rejim Zionis dengan peluru berpandu lebih canggih daripada yang digunakan dalam ‘True Promise 3’ – memberikan serangan ‘lebih tepat dan memusnahkan’.

Pasukan IRGC bersedia sepenuhnya untuk menyasarkan kedudukan musuh tetap dan bergerak di rantau ini menggunakan peluru berpandu dan dron, menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Pejabat Perhubungan Awam IRGC mengumumkan kapal AS, MST, telah diserang teruk oleh peluru berpandu Tentera Laut Iran.

AS dan Israel melancarkan serangan udara ke atas bandar di 24 wilayah di seluruh Iran, hanya dua hari sebelum rundingan yang dirancang di Vienna mengenai program nuklear Iran.

Related Posts

Iran tubuh Majlis Khas pantau peralihan kuasa

TEHRAN – Iran mengumumkan penubuhan majlis khas dianggotai Presiden Masoud Pezeshkian, ketua badan kehakiman, dan seorang ulama Majlis Pengawal bagi memantau peralihan kuasa susulan kematian Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khamenei syahid dalam serangan AS, Iran umum berkabung 40 hari

TEHRAN – Media Iran melaporkan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, dipetik dari Al Jazeera. Agensi berita Tasnim dan Fars mengesahkan kematian tokoh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu Tawau bubar, Ting Khai bersama 16 Jawatankuasa Bahagian keluar parti

Bersatu Tawau bubar, Ting Khai bersama 16 Jawatankuasa Bahagian keluar parti

Miri terus diperkasa sebagai gerbang pelancongan Sarawak

Miri terus diperkasa sebagai gerbang pelancongan Sarawak

Islam tidak pernah dimonopoli: Menilai konflik Iran–Israel dan kematangan Islam Malaysia

Islam tidak pernah dimonopoli: Menilai konflik Iran–Israel dan kematangan Islam Malaysia

Malaysia Airlines gantung semua penerbangan Doha, Jeddah, Madinah

Malaysia Airlines gantung semua penerbangan Doha, Jeddah, Madinah

Iran tubuh Majlis Khas pantau peralihan kuasa

Iran tubuh Majlis Khas pantau peralihan kuasa

Kerajaan serius lahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050

Kerajaan serius lahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050