Iran buka ruang udara untuk penerbangan domestik

TEHRAN – Iran membuka semula ruang udaranya kepada penerbangan domestik, asing dan transit antarabangsa mulai semalam, menurut Kementerian Jalan Raya dan Pembangunan Bandar, lapor Xinhua.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat kelulusan Pertubuhan Penerbangan Awam Iran serta penilaian keselamatan dan sekuriti yang terperinci berdasarkan keadaan semasa negara itu, kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan di laman sesawangnya.

Kenyataan itu memaklumkan penerbangan disambung semula – ke dan dari – Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad dan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di ibu negara Tehran, serta lapangan terbang di wilayah utara, timur, barat dan selatan negara itu.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk laluan ke Isfahan dan Tabriz yang terletak di wilayah tengah dan barat laut Iran.

Menurut kenyataan itu, lapangan terbang di Tehran serta wilayah utara, barat dan selatan kini mengendalikan penerbangan domestik dan asing dari jam 5 pagi hingga 6 petang waktu tempatan (1.30 pagi hingga 2.30 petang GMT).

Ia turut memaklumkan ruang udara di bahagian timur dibuka kepada penerbangan domestik, asing dan transit antarabangsa sepanjang masa, manakala ruang udara di wilayah tengah dan barat dibuka kepada penerbangan antarabangsa yang melalui kawasan itu.

Kementerian berkenaan memberi jaminan lapangan terbang di Isfahan dan Tabriz akan beroperasi semula sebaik sahaja infrastruktur dapat disediakan.

Iran menutup ruang udaranya sejak 13 Jun susulan serangan udara Israel ke atas Tehran dan kawasan lain.

Selepas 12 hari konflik udara, kedua-dua negara mencapai persetujuan gencatan senjata pada 24 Jun.

Related Posts

Handala godam laman web Stryker

WASHINGTON – Serangan siber ke atas syarikat peralatan perubatan Amerika Syarikat (AS) – Stryker – dilapor dilakukan oleh kumpulan penggodam Handala yang dikaitkan dengan Iran, susulan serangan ketenteraan AS dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 9,000 lokasi jadi sasaran AS-Israel

ISTANBUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang 9,000 sasaran dalam tempoh 10 hari pertama serangan ke atas Iran, kata Datuk Bandar Tehran, Alireza Zakani pada Khamis, lapor Anadolu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan