Aerotrain tidak rosak, tapi digantung kerana faktor cuaca

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) menafikan dakwaan bahawa perkhidmatan Aerotrain baharu di Lapangan Terbangsa Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kerosakan, kurang seminggu selepas dilancarkan.

Sebaliknya MAHB menjelaskan, perkhidmatan itu hanya digantung sementara pada jam 11 pagi tadi selepas hujan lebat menyebabkan air bertakung dalam terowong laluan tren.

Bagaimanapun, menurut kenyataan MAHB, pergerakan penumpang ke terminal satelit tidak terjejas kerana perkhidmatan bas ulang-alik disediakan sepanjang tempoh itu.

“Sistem saliran terowong kami dilengkapi pam untuk menyalurkan air keluar ketika cuaca buruk. Namun, salah satu pam mengalami kerosakan teknikal hari ini, sekali gus menghalang air daripada disedut keluar secara automatik.

“Sebagai langkah keselamatan, operasi tren digantung sehingga air disedut keluar secara manual dan trek disahkan selamat digunakan. Perkhidmatan disambung semula pada 12.15 tengah hari selepas kelulusan penuh diberikan oleh pasukan teknikal dan keselamatan,” kata MAHB dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Ramadzan Soid mendakwa salah satu tren itu rosak, meskipun satu lagi tren masih beroperasi.

Terdapat juga warga maya mendakwa pintu tren tersangkut akibat tindakan seorang penumpang.

Hari ini, penulis blog pelancongan CK Ng memuat naik hantaran menyatakan bahawa tren tidak beroperasi dan penumpang dibawa ke terminal satelit menggunakan bas.

Aerotrain sebelum ini menjadi tulang belakang sistem pengangkutan dalaman KLIA sejak 1998, tetapi dihentikan pada 2023 selepas mengalami kerosakan.

Sejak itu, penumpang di KLIA Terminal 1 dipindahkan ke terminal satelit yang menempatkan kebanyakan penerbangan antarabangsa dengan menaiki bas.

Perkhidmatan Aerotrain baharu mula beroperasi pada 1 Julai lalu, melibatkan tiga tren dengan kapasiti maksimum 270 penumpang setiap satu.

Related Posts

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah
  • SitiSiti
  • July 14, 2025

CANSELOR Jerman, Friedrich Merz, pada Ahad mengkritik keras rancangan Israel untuk memindahkan penduduk Palestin ke sebuah kawasan penempatan sementara yang dibina di atas runtuhan bandar Rafah, selatan Gaza. Dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka