Intelek Terengganu gesa perjelas penutupan Asrama YT Kemaman

PERTUBUHAN Pendidikan Intelek Warga Terengganu (Intelek Terengganu) menggesa Yayasan Terengganu menjelaskan rasional penutupan Asrama Yayasan Terengganu Kemaman yang akan berakhir operasinya secara kekal mulai 2026.

Setiausaha Intelek Terengganu, Ahmad Nadhir Yob berkata, keputusan itu dimaklumkan melalui surat bertarikh 1 Disember dan tidak menyatakan sebab rasmi penutupan, sama ada melibatkan kewangan, penyelenggaraan atau dasar baharu.

Katanya, ketiadaan penjelasan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang bergantung kepada kemudahan itu.

“Keputusan tanpa maklumat lengkap tidak telus dan mengabaikan kepentingan pelajar,” kata Ahmad Nadhir.

Surat itu turut memaklumkan pemindahan pelajar akan dibuat secara berperingkat sehingga Jun 2026.

Intelek Terengganu menggesa YT menjelaskan lokasi penempatan baharu, kos tambahan kepada keluarga serta sama ada asrama alternatif mematuhi standard keselamatan dan pembelajaran.

Pertubuhan itu juga mempersoalkan mengapa kemudahan pendidikan yang telah lama berfungsi ditutup tanpa menerangkan sama ada ia digantikan dengan kemudahan baharu atau sebahagian daripada langkah penjimatan negeri.

Intelek Terengganu berkata, tidak ada bukti bahawa proses libat urus diadakan bersama ibu bapa, guru dan komuniti sebelum keputusan dibuat.

Pertubuhan itu mahu YT memberikan peta jalan terperinci penempatan pelajar, jaminan tiada pelajar tercicir serta komitmen menyediakan kemudahan setara atau lebih baik menggantikan asrama tersebut.

“Pendidikan ialah amanah dan ia mesti dipertahankan,” kata Ahmad Nadhir.

Related Posts

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

KUALA LUMPUR — Kerajaan Negeri Johor dijangka mengumumkan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 pada minggu ini sebagai langkah berterusan membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

KOTA BHARU – Struktur tukun tiruan seberat 15 tan kini menjadi benteng baharu di perairan Kelantan bagi menghalang aktiviti pukat tunda yang mengancam sumber marin di pesisir pantai. Sebanyak 16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Kalimah Allah di tokong: NGO, individu bimbang jejas keharmonian

Kalimah Allah di tokong: NGO, individu bimbang jejas keharmonian

Agenda pemuliharaan marin diperkasa, mahasiswa digerakkan sebagai ejen perubahan

Agenda pemuliharaan marin diperkasa, mahasiswa digerakkan sebagai ejen perubahan

Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

Sebar isu 3R cetus ketegangan keharmonian  masyarakat

Sebar isu 3R cetus ketegangan keharmonian  masyarakat