Insurans mampu milik: Penerima STR dapat Baucar Perlindungan Tenang 3.0

PROGRAM Baucar Perlindungan Tenang 3.0 (PTV3.0) mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk menggapai hasrat meningkatkan taraf hidup rakyat seperti termaktub dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu memastikan setiap isi rumah mendapat perlindungan sewajarnya, sekali gus membina ketahanan dan mengembalikan maruah masyarakat.

“Melalui PTV3.0, Kerajaan MADANI tekad untuk memperluas akses kepada semua. Seyogia, keterjaminan kesihatan dan keselamatan bukanlah kemewahan yang boleh dirasai oleh sesetengah kelompok sahaja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF), hari ini.

Bermula semalam, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak menebus baucar bernilai RM30 yang disubsidi oleh Kerajaan MADANI untuk membantu membiayai sebahagian kos produk insurans dan takaful mampu milik di bawah PTV3.0.

Dengan kerjasama industri insurans dan takaful, Kerajaan MADANI telah memperuntukkan RM60 juta di bawah Belanjawan 2025 untuk menampung kos produk perlindungan di bawah PTV3.0 bagi memastikan akses yang lebih meluas kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Menurut MoF, usaha itu melengkapi inisiatif lain seperti Skim Perubatan MADANI dan PeKa B40 bagi memperkukuh jaring keselamatan sosial menerusi kerjasama awam-swasta yang bersasar.

Selaras dengan pendekatan Kerajaan MADANI untuk menyalurkan bantuan yang bersasar dan saksama, MoF akan melaksanakan protokol pengesahan identiti dalam PTV3.0 bagi memastikan permohonan yang sahih dan menepati kelayakan.

Penerima STR boleh menyemak kelayakan dan merujuk Soalan Lazim PTV3.0 melalui www.myptv.my atau mengunjungi mana-mana ejen, pengedar atau premis penyedia yang mengambil bahagian.

Senarai penuh produk yang layak boleh didapati menerusi www.mycoverage.my.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi