Inkues Zara: Ram Singh kesal kenyataan, identiti saksi kanak-kanak bocor

KOTA KINABALU – Peguam bela, Datuk Ram Singh meluahkan rasa kesal terhadap kebocoran sebahagian kenyataan saksi serta pendedahan identiti kanak-kanak dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir, yang disifatkannya sebagai satu bentuk intimidasi.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja melanggar kerahsiaan prosiding mahkamah, khususnya terhadap anak guamnya.

“Bukan keseluruhan (kenyataan), hanya dua perenggan pertama dan perenggan terakhir termasuk halaman tandatangan telah tersebar. 

“Kami juga dimaklumkan ada hantaran di TikTok yang mendedahkan lima nama (tertuduh kanak-kanak).

“Selepas itu, tumpuan khusus diberikan kepada anak guam saya. Itu tidak wajar. Bagi saya, ini satu bentuk intimidasi,” katanya ketika ditemui media selepas prosiding di Mahkamah Koroner, di sini, pada Jumaat. 

Ram akan membuat laporan polis berhubung perkara itu dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Dalam masa sama, beliau turut melahirkan rasa simpati terhadap saksi kanak-kanak dan ibu bapa mereka yang terkesan dengan kejadian berkenaan.

“Saya kasihan dengan ibu bapa dan anak itu kerana mereka terpaksa melalui keadaan seperti ini. 

“Kanak-kanak berkenaan menangis, walaupun tidak teresak, tetapi menitiskan air mata. Dari wajahnya jelas dia sedih,” katanya.

Menurut Ram, prosiding inkues sebelum ini berjalan lancar, namun insiden kebocoran dokumen menunjukkan pentingnya semua pihak menghormati kerahsiaan mahkamah.

“Mahkamah sudah beri peringatan. Kita perlu serius tentang kerahsiaan. 

“Saya percaya pegawai pengendali juga sedang meneliti perkara ini,” ujarnya.

Beliau turut berharap prosiding akan berjalan lancar pada minggu depan dengan keterangan saksi-saksi lain dapat didengar tanpa sebarang gangguan.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok