Inkues: Pasukan guaman lantik pakar biomekanik luar negara bantu analisis jatuhan

KOTA KINABALU – Pasukan guaman yang mewakili ibu arwah Zara Qairina menghubungi pakar biomekanik dari luar negara untuk membantu menganalisis rekonstruksi jatuhan dalam prosiding inkues.

Peguam, Mohd Sharulnizam Mohd Salleh berkata, pakar berkenaan memerlukan data terperinci daripada lokasi kejadian, namun kekangan jarak dan masa menyebabkan mereka hanya dapat memberikan panduan bagi tujuan pengumpulan maklumat.

“Kami sudah menghubungi pakar-pakar biomekanik dari luar negara dan mereka sebenarnya memerlukan lawatan ke tapak. 

“Tetapi memandangkan kekangan jarak dan masa, kami akan dapatkan rakaman video, gambar dan maklumat lain untuk mereka buat analisis.

“Mereka akan membantu mengira daya hentakan dan pergerakan kinetik berdasarkan bukti di lokasi,” katanya ketika ditemui media selepas prosiding inkues di Mahkamah Koroner, di sini, pada Rabu.

Beliau menjelaskan pasukan guaman juga berharap dapat menggunakan rakaman yang diambil jurugambar mahkamah untuk disalurkan kepada pakar tersebut bagi menghasilkan laporan teknikal.

Prosiding pada hari berkenaan turut dimaklumkan lawatan ke lokasi kejadian (locus in quo) akan dijalankan pada Khamis bersama Koroner, pasukan Timbalan Pendakwa Raya dan semua wakil pihak berkepentingan.

Related Posts

Isu Kg Sungai Baru: Majoriti sokong, segelintir hasut ganggu

MAJORITI pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, menyatakan sokongan terhadap projek pembangunan semula yang sedang berjalan di kawasan strategik itu, terletak bersebelahan Saloma Link dan hanya beberapa minit…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara: Dua patung baharu digunakan dalam simulasi jatuhan di lokasi

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, menyaksikan pihak berkepentingan melakukan simulasi jatuhan menggunakan dua patung baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

4 keluarga dari Paya Besar terima Rumah Rakyat Pahang

4 keluarga dari Paya Besar terima Rumah Rakyat Pahang

Bekas jurulatih Zii Jia kini dirawat di ICU

Bekas jurulatih Zii Jia kini dirawat di ICU

Isu Kg Sungai Baru: Majoriti sokong, segelintir hasut ganggu

Isu Kg Sungai Baru: Majoriti sokong, segelintir hasut ganggu

Inkues Zara: Dua patung baharu digunakan dalam simulasi jatuhan di lokasi

Inkues Zara: Dua patung baharu digunakan dalam simulasi jatuhan di lokasi

Kewangan Islam mampu ubah masa depan umat Islam lebih mampan, adil

Kewangan Islam mampu ubah masa depan umat Islam lebih mampan, adil

Ka Siong jadilah pendamai bukan nyalakan api

Ka Siong jadilah pendamai bukan nyalakan api