Isu Kg Sungai Baru: Majoriti sokong, segelintir hasut ganggu

MAJORITI pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, menyatakan sokongan terhadap projek pembangunan semula yang sedang berjalan di kawasan strategik itu, terletak bersebelahan Saloma Link dan hanya beberapa minit berjalan kaki ke KLCC dan stesen LRT Kampung Baru.

Salah seorang pemilik hartanah, Ishaq Marazi berkata, dia bersama lebih 70 peratus penduduk telah menandatangani persetujuan dengan pemaju seawal tahun 2018 hingga 2019, sebelum kerajaan melaksanakan Akta Pengambilan Tanah pada tahun 2021 bagi merealisasikan pembangunan tersebut.

“Saya merupakan individu ke-230 yang menandatangani perjanjian daripada keseluruhan 329 pemilik. Rata-rata kami bersetuju selepas melihat kejayaan pembangunan semula Flat Kerinchi yang kini dikenali sebagai Kerinchi Residence oleh pemaju yang sama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambahnya, perbincangan ke arah pembangunan semula Kampung Sungai Baru telah dimulakan seawal tahun 2016, atas kesedaran penduduk tentang potensi kawasan berkenaan dan keperluan untuk meningkatkan kualiti hidup, khususnya kepada penghuni flat lama yang kini tinggal di kediaman sempit dan uzur.

Berdasarkan pelan yang dikemukakan pemaju, setiap pemilik hartanah akan menerima dua unit kondominium baharu, satu untuk didiami dan satu lagi boleh disewakan.

Bagi pemilik hartanah seperti Ishaq, yang memiliki lebih daripada satu lot, potensi pulangan pelaburan jangka panjang amat besar, memandangkan kadar sewaan di kawasan itu mencecah antara RM2,000 hingga RM2,500 bagi unit studio yang lengkap berperabot.

Ishaq menegaskan bahawa projek ini membawa manfaat besar kepada penduduk, bukan sahaja dari segi penambahbaikan infrastruktur dan nilai hartanah, malah berpotensi menjana pendapatan berterusan.

Bagaimanapun, dia melahirkan kebimbangan terhadap tindakan segelintir individu yang cuba menggagalkan projek melalui provokasi dan hasutan terhadap pemilik rumah jenis bertanah (landed) agar menarik balik persetujuan mereka.

“Sekarang ni tugas kita untuk pastikan pemaju tunaikan janji, bukannya sabotaj. Tindakan segelintir yang cuba gagalkan projek jelas mementingkan diri dan mengabaikan kepentingan lebih 300 pemilik lain yang telah bersedia menantikan pelaksanaan pembangunan ini,” ujarnya lagi.

Setakat ini, lebih 70 peratus rumah dan flat telah dirobohkan dan kebanyakan penduduk telah dipindahkan ke rumah transit sejak empat hingga lima tahun lalu. Justeru, sebarang usaha untuk membatalkan projek dianggap tidak realistik dan hanya akan menyusahkan penduduk yang telah lama menunggu.

Ishaq menyeru semua pihak agar berhenti menyebarkan maklumat yang mengelirukan dan tidak berasas, sebaliknya menumpukan usaha kepada memastikan pemaju menepati janji dan menyempurnakan projek pembangunan mengikut jadual.

Related Posts

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

PUTRAJAYA – Pengamal media, khususnya wartawan, jurufoto dan juruvideo memohon pertimbangan kerajaan supaya kuota 300 liter RON95 yang dinikmati sebelum ini dikekalkan. Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berkata, keputusan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina