Inisiatif PuTERA35 mampu tingkatkan ekonomi usahawan termasuk kawasan luar bandar

SRI AMAN – Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) merupakan salah satu inisiatif yang dirangka bagi memperkukuh dan meningkatkan kemajuan usahawan Bumiputera.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, inisiatif PuTERA35 adalah antara usaha Kerajaan MADANI dalam membantu para usahawan khususnya Bumiputera untuk meningkatkan pendapatan sendiri.

“Kerajaan Persekutuan memiliki usaha dalam membantu para usahawan Bumiputera iaitu menerusi PuTERA35 termasuk kepada usahawan di luar bandar yang mahu memiliki aset sendiri”, katanya.

“Sebagai contoh seperti di Sri Aman, jika para usahawan mahu memiliki aset sendiri, saya mencadangkan dua pendekatan iaitu dengan penubuhan koperasi dan melalui inisiatif PuTERA35 ini”, tambah beliau ketika dalam sesi soal jawab bersempena Program Jelajah Jalinan Borneo RMK13 di Sri Aman, hari ini.

Tambahnya lagi, melalui PuTERA35 ini, kerajaan juga berhasrat mahu memastikan usahawan dapat dimajukan dengan pelbagai bentuk bantuan termasuklah dari segi kewangan, sokongan perniagaan halal, serta jaringan hubungan antara penjual dan pembeli.

Untuk rekod, inisiatif PuTERA35 ini dibangunkan dengan tema Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan (3P) Bumiputera turut melibatkan 12 Pemacu dan 132 Ikhtiar.

Terdahulu, Kementerian Ekonomi meneruskan Jelajah Jalinan Borneo RMK13 di lokasinya iaitu Sri Aman.

Program ini diadakan bertujuan bagi mendekatkan rakyat Borneo kepada dasar serta perancangan pembangunan kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Program tersebut melibatkan sesi libat urus bersama pakar, pemain industri, NGO, organisasi masyarakat sivil (CSO), masyarakat awam serta pentadbiran negeri, bahagian dan daerah di sekitar Sri Aman untuk membincangkan sinergi pembangunan serta pendekatan pelaksanaan dasar yang lebih efektif di peringkat tempatan.

FOTO: Pejabat Residen Bahagian Sri Aman

Related Posts

Perak mohon urusan tanah bagi penubuhan NATC di Sungkai disegerakan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak berharap Kerajaan Persekutuan dapat mempercepatkan proses pemindahan tanah milik Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Sungkai bagi merealisasikan penubuhan Pusat Pengujian Automotif Kebangsaan (NATC). Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63: Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak sepakat perkukuh hak negeri

KUCHING – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2025 yang berlangsung di Sarawak hari ini menyaksikan beberapa tuntutan penting berjaya dipersetujui bersama antara Kerajaan Persekutuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak mohon urusan tanah bagi penubuhan NATC di Sungkai disegerakan

Perak mohon urusan tanah bagi penubuhan NATC di Sungkai disegerakan

MA63: Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak sepakat perkukuh hak negeri

MA63: Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak sepakat perkukuh hak negeri

KPDN lancar inisiatif ‘Jom Cari Menu Rahmah’

KPDN lancar inisiatif ‘Jom Cari Menu Rahmah’

Sri Aman miliki potensi besar sebagai hab pertanian, sektor pelancongan dan agroindustri

Sri Aman miliki potensi besar sebagai hab pertanian, sektor pelancongan dan agroindustri

Islam bukan milik Pas, Malaysia MADANI bukan slogan kosong

Islam bukan milik Pas, Malaysia MADANI bukan slogan kosong

Sabah lancar Bas KK Hop-On Hop-Off, tawar 17 perhentian menarik

  • By Ynom
  • September 12, 2025
Sabah lancar Bas KK Hop-On Hop-Off, tawar 17 perhentian menarik