Infrastruktur, ekonomi biru dan kesejahteraan rakyat teras SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menekankan pembangunan modal insan, kesejahteraan rakyat, infrastruktur dan kelestarian hijau sebagai teras utama Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Beliau berkata, pembangunan modal insan diberi keutamaan dengan peruntukan sebanyak RM164.01 juta, termasuk peluasan biasiswa dan bantuan pendidikan, TVET, STEM, latihan pertanian dan literasi kecerdasan buatan (AI).

“SMJ 2.0 juga meneruskan bantuan pendidikan, termasuk 14 jenis bantuan pendidikan bernilai RM203.4 juta dan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) meningkat daripada RM55 juta pada 2021 kepada RM145 juta pada 2025.

“Seramai 480,000 pelajar menerima manfaat bantuan pendidikan kerajaan, termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) untuk permohonan biasiswa dan kemasukan perkhidmatan awam,” ujarnya semasa berucap dalam Majlis Amanat YAB Ketua Menteri kepada Penjawat Awam di Negeri Sabah 2026 dan Pelancaran SMJ 2.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Program Rumah Mesra SMJ turut dapat dimanfaatkan oleh seramai 7,482 penerima dan diteruskan dengan 50 unit setiap kawasan DUN tahun ini, khusus untuk golongan miskin, miskin tegar dan pasangan muda baru berkahwin.

Tambahnya, Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) juga diperluas daripada 100,000 kepada 140,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM339.16 juta pada tahun ini, selari bantuan kerajaan persekutuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Dibawah teras Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, sejumlah RM6.8 bilion diperuntukkan dibawah RMK-13 bagi pembangunan infrastruktur, utiliti dan tenaga lestari.

“Ia termasuk projek strategik seperti Lebuh Raya Pan Borneo, pembinaan dan naik taraf loji rawatan air, pengukuhan grid elektrik dan projek OTEC, hidroelektrik serta penjanaan tenaga biru,” jelasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan turut memperluas infrastruktur digital melalui Pusat e-Desa, VSAT dan Starlink selari dengan agenda kerajaan digital berteraskan AI.

Dari aspek kelestarian hijau, beliau berkata, sejumlah RM672.05 juta diperuntukkan bagi perlindungan biodiversiti, pemuliharaan alam sekitar dan tindak balas perubahan iklim, dengan sasaran 30% Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) menjelang 2030.

“Ekonomi biru juga akan diangkat sebagai pemacu strategik SMJ 2.0, merangkumi pembangunan bioteknologi marin, perikanan pintar, marikultur moden, logistik dan pelancongan lestari, serta pemanfaatan sungai sebagai nadi ekonomi luar bandar.

“Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan Blue Financing melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan Maybank untuk penerbitan Sukuk Biru bernilai RM1 bilion, dengan jumlah permulaan RM300 juta, bagi memudahkan syarikat-syarikat terlibat, mendapat kemudahan kewangan,” kongsinya.

Related Posts

Kepimpinan baharu diharap teruskan kecemerlangan FELDA Jengka

KUANTAN – Usaha memperkukuh hala tuju dan pentadbiran bagi kawasan FELDA Wilayah Jengka diteruskan dengan pemilihan Hasrul Nizam Hassan sebagai pengarah baharu. Lantikan itu dibuat pihak pengurusan FELDA bagi menggantikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas ditemukan meninggal selepas 5 hari dilaporkan hilang

MIRI – Warga emas berusia 73 tahun telah ditemukan meninggal dunia selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Mangsa, Sagai anak Kunchau, dilaporkan hilang dan tidak pulang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

PM harap isu krisis Negeri Sembilan selesai secara muafakat

PM harap isu krisis Negeri Sembilan selesai secara muafakat

Krisis Negeri Sembilan tidak gugat Kerajaan Perpaduan

Krisis Negeri Sembilan tidak gugat Kerajaan Perpaduan

Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

Kepimpinan baharu diharap teruskan kecemerlangan FELDA Jengka

Kepimpinan baharu diharap teruskan kecemerlangan FELDA Jengka

Warga emas ditemukan meninggal selepas 5 hari dilaporkan hilang

Warga emas ditemukan meninggal selepas 5 hari dilaporkan hilang