Enam operasi, tiga tindakan mahkamah: Warga emas masih ulangi kesalahan

IPOH– Sikap degil seorang warga emas berusia 69 tahun yang gemar mengumpul barangan kitar semula dan sampah sarap secara tidak terkawal terus mencetuskan masalah kepada penduduk setempat apabila kediamannya di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini sekali lagi dibersihkan menerusi operasi bersepadu oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Khamis.

Walaupun rumah berkenaan sudah enam kali menjalani operasi pembersihan dan tiga tindakan mahkamah diambil sejak 2016, individu terbabit masih mengulangi perbuatan sama sehingga menjejaskan kualiti hidup komuniti sekitar.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamakhshari Mohd Saleh berkata, warga emas tersebut didapati terus mengumpul serta menyimpan pelbagai barangan kitar semula di halaman rumah teres satu tingkat miliknya, sekali gus menyebabkan kacau ganggu persekitaran.

Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja mencemarkan imej kawasan perumahan malah berisiko menjadi tempat pembiakan dan penyebaran penyakit bawaan vektor seperti nyamuk, lipas dan tikus.

“MBI telah beberapa kali mengambil tindakan termasuk enam operasi pembersihan dan tiga prosiding mahkamah, namun individu terbabit masih gagal mengubah sikap.

“Susulan aduan berulang daripada penduduk setempat, MBI melaksanakan satu lagi operasi penghapusan kacau ganggu yang mengambil masa kira-kira tiga jam tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, operasi tersebut melibatkan penggunaan lima lori berkapasiti tujuh tan, sebuah jengkaut serta kekuatan 27 anggota pembersihan, selain kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zamakhshari menegaskan, MBI komited memastikan kesejahteraan serta kualiti hidup warga Ipoh terus terpelihara melalui penguatkuasaan undang-undang yang konsisten dan berterusan.

Tambahnya, pihak berkuasa tempatan itu juga menyeru penglibatan agensi kerajaan berkaitan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi merangka penyelesaian jangka panjang secara lebih holistik agar isu seumpama ini tidak terus berulang pada masa hadapan.

Related Posts

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

MUKAH – Upacara tradisi Seraheng Kakan terus menjadi pembuka tirai utama Pesta Kaul masyarakat Melanau, dengan peningkatan kehadiran pelawat yang sekali gus merancakkan semula sektor ekonomi dan perniagaan tempatan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

BETONG – Selepas 16 tahun menyepi, kemeriahan sorakan di tebing Sungai Layar kembali bergema menerusi penganjuran Regatta Betong 2026 yang menyasarkan pemerkasaan warisan budaya serta pemangkin ekonomi setempat. Acara sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎