Industri halal pelengkap ekonomi Islam

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutamanya dalam aspek perdagangan.

Beliau berkata, industri halal akan meliputi setiap kumpulan masyarakat termasuk petani, nelayan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) malah kedai runcit yang memastikan penyertaan lebih luas.

“Dalam mencapai maksud Ekonomi Madani dan semangat Maqasid Syariah, ia mesti merangkumi hampir keseluruhan rakyat,” katanya ketika berucap pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024.

Dalam ucapan itu, Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pemimpin luar, terutamanya dari negara yang beliau lawati baru-baru ini atas sokongan padu terhadap industri halal dan pengiktirafan mereka terhadap usaha Malaysia dalam mempromosikannya.

Beliau berkata, mereka menunjukkan minat tinggi terhadap industri halal serta mengiktiraf peranan kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia dalam memacu pertumbuhannya.

Mereka juga mahu menjalin kerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan, termasuk dalam sektor berkaitan halal.

“Ini adalah pencapaian luar biasa yang dicapai oleh Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) dan kerajaan… berikutan ia membolehkan kita mengkaji lebih lanjut mengenai kepentingan halal dan sebab Islam menekankan kepentingannya dalam pelbagai sektor, termasuk produk makanan, kosmetik dan industri lain yang berkaitan,” katanya.

Pada majlis itu, Anwar menyampaikan Anugerah Khas Kecemerlangan Pembangunan Halal Negara kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam industri halal.

Abdullah dipilih sebagai penerima pertama anugerah itu berikutan MIHAS yang pertama pada 2004 dan penubuhan Halal Development Corporation pada 2006 dalam tempoh beliau sebagai Perdana Menteri.

MIHAS 2024 merupakan anjuran bersama MATRADE serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Bertemakan ‘Globalising Halal Innovations’, pameran selama empat hari itu bermula hari ini dan berakhir 20 September.

Related Posts

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang melaksana usaha bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai dan Emiriah Utara dengan meningkatkan kekerapan penerbangan pulang ke tanah air. Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan