India setuju turunkan harga beras putih import – PM

KERAJAAN berjaya menurunkan sedikit harga beras putih import dari India hasil rundingan baik dengan negara itu semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Anwar berkata, penurunan harga itu menunjukkan hasil komited kerajaan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan memastikan harga keperluan asas dalam keadaan terkawal.

Menurut beliau, harga beras import dari India kini boleh didapati dengan harga yang lebih rendah.

“Mereka bersetuju untuk menjual beras pada harga lebih murah. Kita harap ini dapat meringankan beban rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Jualan Termurah Madani Kampung Masjid Timah hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, penganjuran program jualan murah ini mampu memberikan persaingan sihat, sekali gus memberi tekanan kepada harga pasaran untuk diturunkan.

Katanya, yang lebih istimewa, para pengunjung Jualan Termurah Madani ditawarkan 1,000 ekor ayam dan 200 kampit beras secara percuma.

Tambahnya, bekalan ikan segar boleh didapati dengan harga murah daripada pasaran kerana bekalan diambil terus daripada nelayan.

“Ikan segar boleh didapati dengan harga murah jika diperoleh secara langsung daripada nelayan tanpa orang tengah, sebab itu kita galakkan para nelayan untuk menggunakan aplikasi berkaitan supaya orang ramai boleh beli secara langsung daripada mereka sekali gus mewujudkan persaingan yang sihat dalam pasaran,” kata beliau.

Beliau juga turut meluangkan masa kira-kira 30 minit pada program itu sambil menyantuni peniaga dan pengunjung yang hadir.

Related Posts

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) sebagai sokongan bagi persediaan mereka menyertai World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap