Idham Nawawi lepas jawatan CEO CelcomDigi

PUTRAJAYA – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), CelcomDigi Berhad, Datuk Idham Nawawi akan menamatkan perkhidmatannya atas alasan peribadi.

Perkhidmatannya tamat selepas tiga tahun menerajui pasukan pengurusan melalui fasa integrasi awal susulan penggabungan Celcom dan Digi pada 30 November 2022.

Idham akan melepaskan jawatannya sebagai CEO CelcomDigi berkuat kuasa 31 Ogos 2025.

Bagi memastikan kelancaran peralihan kepimpinan, Timbalan CEO, Albern Murty akan mengambil alih peranan sebagai Pemangku CEO bermula 1 September 2025.

Idham akan terus menyokong syarikat sebagai Penasihat kepada Lembaga Pengarah sehingga 30 November 2025, bagi membantu Albern dan pasukan kepimpinan sepanjang tempoh peralihan ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah CelcomDigi, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz berkata, Lembaga Pengarah mengucapkan terima kasih kepada Idham kerana memimpin CelcomDigi dalam meletakkan asas bagi pertumbuhan masa depan sebagai syarikat telekomunikasi dipercayai di Malaysia.

Related Posts

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

PUTRAJAYA – Malaysia masih berada dalam kedudukan kukuh dari segi bekalan minyak dan gas berbanding negara ASEAN lain, namun tidak terlepas daripada kesan kenaikan harga di peringkat global, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membincangkan isu kenaikan harga barangan dan kos sara hidup dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini bagi mencari pendekatan lebih berkesan untuk meringankan beban rakyat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik