Ibu Zara Qairina dua kali tolak laksana bedah siasat anak

KUALA LUMPUR – Polis bertanya sebanyak dua kali kepada ibu Zara Qairina Mahathir, 13, berhubung pelaksanaan proses bedah siasat terhadap anaknya itu ketika berada di hospital pada 17 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, namun pendirian ibu pelajar Tingkatan Satu itu, Noraidah Lamat masih kekal untuk tidak mahu proses itu dilakukan bagi menyegerakan pengebumian.

“Pegawai penyiasat berjumpa dengan ibu mangsa dan memaklumkan mengenai keperluan untuk melakukan proses itu. Ibu mangsa ketika itu menyatakan dia hendak menyegerakan pengebumian kerana anaknya sudah cukup derita.

“Di sini, pihak polis dan pengarah siasatan mengakui ada ketidakpatuhan dari segi prosedur siasatan di pihak pegawai polis yang berkenaan.

“Pegawai polis pula bila diminta maklumkan kepada ibunya. Ibu kata dia tak nak buat. Dia nak segerakan pengebumian dan doktor yang bertugas pada jam 5 petang di bilik mayat sekali lagi menemui ibunya dan ibu kekal dengan pendirian,” katanya pada sesi penerangan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Saifuddin Nasution berkata, Noraidah kemudiannya mengisi dan menandatangani surat akuan enggan bedah siasat mayat atas kemahuan sendiri disaksikan oleh kakak iparnya.

“Dokumen semua siap dan keputusan itu dibuat atas kehendak ibu dan didokumenkan secara sah. Sikap pegawai penyiasat polis waktu itu menghormati sepenuhnya (permintaan ibu).

“Dari sudut Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) itu dianggap sebagai tidak patuh dan ditegur dan polis akan mengambil tindakan dalaman,” katanya.

Sementara itu, dalam sesi menjawab sesi perbahasan, Saifuddin Nasution berkata, tindakan Noraidah menandatangani surat akuan itu adalah fakta dan ia sama sekali tidak bermaksud untuk meletakkan ibu mangsa dalam posisi bersalah.

Beliau berkata, sama ada ibu mangsa diberi kefahaman berhubung proses bedah siasat, perkara itu boleh dijelaskan melalui inkues nanti.

“Jauh sekali apabila sebut soal persetujuan ibu menandatangani surat akuan itu, tidak terlintas bahawa kenyataan fakta terbabit adalah untuk meletakkan ibu dalam posisi bersalah.

“Saya hanya maklumkan fakta bahawa pegawai penyiasat khilaf dan niat dia hendak permudahkan urusan ibu dan menyegerakan proses pengebumian.

“Namun tindakan itu tidak akan dipertahankan, malah jabatan siasatan jenayah mengambil pendirian akan membuat langkah susulan,” katanya.

Terdahulu, dalam sesi perbahasan, Ahli Parlimen (PN) Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan sama ada ibu mangsa ada diberi penjelasan berhubung kepentingan melakukan bedah siasat ketika kematian itu berlaku.

Zara Qairina iaitu pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari selepas itu.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16