Ibu penguat semangat Atiqah, gadis Orang Asli pertama di USIM

NILAI – “Ibu telah banyak berkorban untuk kami adik-beradik. Jika ibu kuat, saya juga perlu kuat.”

Demikian luah Nurul Atiqah Ithani Idrus, 19, yang pernah tular sebagai gadis Orang Asli pertama yang belajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2023 dan kini mendaftar sebagai pelajar baharu program sarjana muda di universiti sama.

Atiqah yang bercita-cita menjadi seorang doktor gigi sejak kecil, berusaha gigih dengan meraih keputusan cemerlang 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia, kemudian menyambung pengajian di peringkat Tahmidi Perubatan, Pergigian dan Sains dan kini merupakan pelajar Sarjana Muda Pembedahan Pergigian.

Menurut Atiqah, walaupun menghadapi masalah dari segi kewangan namun dirinya tidak mudah berputus asa dalam menuntut ilmu dan sentiasa menjadikan ibu dan kakaknya sebagai penguat semangat.

“Ibu saya telah banyak berkorban untuk menjaga dan menanggung kami adik beradik, ini membuatkan saya fikir jika ibu saya kuat, saya juga kuat, kakak saya juga menyambung pengajian di dalam bidang sains sebagai ahli farmasi.

“Saya suka bidang sains berbanding bidang lain, cita-cita saya daripada kecil adalah untuk menjadi seorang doktor gigi dan pernah melihat ibu saya bekerja di klinik gigi sewaktu saya kecil,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Atiqah bersyukur dengan adanya inisiatif Bantuan Pendidikan Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan USIM, dia dapat meneruskan pengajian dengan tenang tanpa perlu berfikir tentang masalah kewangan.

“Terima kasih kepada Jakoa atas inisiatif Bantuan Pendidikan IPT yang menampung yuran pembelajaran saya selama lima tahun pengajian di USIM dan terima kasih juga kepada pihak USIM yang turut membantu meringankan beban ketika mula mendaftar bagi sarjana muda.

“Saya rasa amat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar dengan bantuan-bantuan daripada USIM dan Jakoa, serta berharap dapat membalas jasa mereka,” katanya.

Tambah Atiqah, USIM menjadi pilihannya untuk menyambung pengajian di bidang pergigian kerana tertarik dengan suasana pelajar yang mengamalkan nilai-nilai Islam di sini.

“Saya lihat suasana dan pelajar-pelajar di sini mengamalkan nilai-nilai Islam seperti apa yang diamalkan di sekolah menengah saya, majoriti terdiri daripada orang islam dan semua kakitangan USIM sangat ramah dan baik,” kata gadis yang berasal dari Raub, Pahang itu.

Related Posts

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri tidak menolak kemungkinan melaksanakan pemotongan gaji menteri sekiranya keadaan ekonomi negara bertambah meruncing susulan konflik di Asia Barat. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok