Anwar rakam tahniah untuk Carney

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Persekutuan negara itu.

Perdana Menteri berkata, beliau bersedia bekerjasama rapat dengan Carney, bagi terus memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara, termasuk melalui Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Katanya, pilihan raya itu juga menandakan permulaan baharu bagi Kanada dan mengesahkan komitmen negara itu terhadap kemerdekaan, daya tahan dan kepimpinan berprinsip dalam masa yang tidak menentu.

“Kami yakin bahawa di bawah kepemimpinan beliau, Kanada akan kekal sebagai satu suara yang kuat dan mantap dalam usaha membabitkan diri secara konstruktif di peringkat antarabangsa.

“Dunia mesti terus menegakkan perdagangan antarabangsa sebagai pemacu kepada kemakmuran dan kestabilan bersama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Media hari ini melaporkan Carney memenangi pilihan raya di Kanada dan akan meneraju Parti Liberalnya untuk satu lagi penggal pemerintahan.

Related Posts

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang melaksana usaha bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai dan Emiriah Utara dengan meningkatkan kekerapan penerbangan pulang ke tanah air. Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti video penuh, usah terjebak fitnah – Dr Zulkifli

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menepis sekeras-kerasnya tohmahan kononnya beliau pernah menyatakan isu memijak Al-Quran tidak perlu diselesaikan dengan hukuman. Beliau menegaskan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan